Wednesday, December 1, 2010

Selamat hari lahir mama

Assalamualaikum
Jarang sekali membuat catatan tentang keluarga,cik blog pun tak kenal keluarga saya kan?. baiklah saya perkenalkan...itulah keluarga saya ---->
Anak ketiga dari 7 beradik,mempunyai seorang kakak,abang,3 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Abang yang telah  berkahwin,alhamdulillah mempunyai seorang kakak ipar yang best (yang aku x bisa memanggilnya 'kak ina'...takpelah Ina 'kan?)
Gambar terakhir bersama dengan atuk tersayang di pagi raya 2010
Malam tadi menyambut hari lahir mama yang ke-51,amat jarang sebenarnya kami menyambut apa2 perayaan semenjak semua dah besar panjang ini. Mesej dari akak,"hari ni birthday mama kan?"...patutlah bila tengok handset,tarikh 30.11.10 macam ada maknanya...pandai jer 'makcik' tu ingatkan aku,mentang2 dia tak ada kat sini...suh aku la buat apa2 yang patut.

Nasib baik aku dan cik nurul memang nak menghabiskan petang di angsana (kedai runcit familiku). Maka setelah solat zuhor bermulalah perjalanan kami,berjalan kaki ke angsana...sampai jer sana terus makan...kemudian cik nurul pergi memotong rambut dan aku menghabiskan masa mengukur di sana. Mata melilau ke kedai handset,huhuhuhu...cantiknya Nokia C6 tu. Budget memanglah ada,kedai tu dah bagi aku RM880, cantik dah harganya....tapi memandangkan aku ni kedekut + bahkil, ada aku kisah...serabutlah handset mahal2 nie buat pening kepala jer.  Akhirnya aku membeli handset biasa jer,yang berharga RM300. (Selamat duit aku lagi RM580 tu) Takpelah belum ada rezeki lagi,kalau dapat boifren kaya takpun dapat duit durian runtuh ke,pasti akan kubeli nokia c6 itu atau mana handset yang seangkatan dengannya.
Setelah membeli kek dan ayam2 yang bakal aku jadikan ayam goreng kfc,kitaorang pun pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Memandangkan hari pun tengah hujan terpaksalah naik teksi,tapi bagus teksi tu ikut meter,RM 3.90 dari Angsana ke rumah aku. (Walaupun kalau jalan kaki cuma mengambil masa 6-7 minit jer)
Setelah solat Asar aku pun membalut ayam itu menjadi ayam kfc,tak tahulah sedap ke tidak. Layan jer la...
Dalam kol 9.30pm semua orang dah ada,majlis pun dimulakan,pizza hut pun ada tau...dah mama yang nak, terpaksalah anaknya nie membelikan,delivery lagi...huhuhuhuhu (melayang rm50).takper demi besday mama.
semua ada,yang paling lambat si Nd ngn din (anak bujang kesayangan mama). selalu lambat budak2 nie, gie mana entah...alhamdulillah,dapat berkumpul beramai-ramai...akak jer yang takde..(jenuh gak nak cover,bila bapak tanya akak mana....)
Mama,selamat hari lahir..semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi dan semoga mama sentiasa di dalam redha-NYa...
"Ya Allah,bahagikan mamaku,ibuku...buatkan mama tersenyum sehingga ke syurga-Mu,Kau limpahkan rahmat-Mu kepada kedua ibu bapaku...kasihanilah mereka sepertimana mereka pernah mengasihaniku ketika aku masih kecil dulu. Ya Allah hidupkan aku dan keluargaku dalam iman,matikan kami dalam iman,KAu limpahkan rahmat-Mu dan berikan taufik dan hidayah-Mu kepada ahli keluargaku...amiiinnn"

1 comment:

azana said...

selamat ari laher yang lepas buat mama kamu...huhu