Thursday, May 31, 2012

catatan ketika cuti

Assalamualaikum...
 hari yang ke-6 untuk cuti sekolah yang 14 hari ni. Banyak keja yang perlu dilakukan dan masih tiada keinginan untuk memulakan apa-apa. Sekiranya diberikan peluang ingin sekali duduk di tempat pantai mahupun berada di tepi air terjun. Ingin melupakan sebentar kesibukan dunia. Ingin sekali berada di satu tempat yang tidak dikenali oleh sesiapa dan kemudian menghabiskan cuti di situ. namun mungkin keinginan2 ini sukar untuk dipenuhi....
saya ingin berada di sini...dan si situ....

Sunday, May 20, 2012

Jom baca...Bagaimana aku memandang jodoh..


Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama sahaja kau bertanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya,
dan tersimpan dengan indah dalam setiap lembar daun di lauhul mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..
Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan menjual murah kehormatanmu untuk perkara yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tetapi tak pantas layak bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkanlah, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis kerana rindu,
Mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, apakah masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang sewajarnya
jika  dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih
kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
Dia  membandingkanmu dengan orang lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab ‘ya’ maka, itu pula yang kami, wanita rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahawa yang akan berlaku adalah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejajar dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau  bazirkan waktu?
Kerana apa kau habiskan air matamu? 
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tetapi ketahuilah, kerana kau memilihku, kau ku cinta…
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan.

Sunday, May 6, 2012

Tulisan selepas kesepian

Assalamualaikum,cik blog..
malam ni terpanggil untuk menulis.
sebenarnya banyak catatan telah dibuat...
namun semuanya tersimpan rapi di 'draft'
terkadang ada rasa yang perlu disimpan rapi...
bimbang penilaian orang yang membacanya 
akan mengundang andaian2 yang tidak benar.
bila berbicara tentang hati & perasaan...
mungkin terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata2.
di sini merupakan medan untuk meluahkan
 apa yang tidak mampu dikongsikan melalui bicara.
kala hati ini seakan-akan meronta untuk memaparkan segala rasa...
YA Allah...sesungguhnya hanya kepada-Mu aku pasrahkan segalanya.
hanya hati yang rapuh ini yang aku miliki....
seringkali airmata menemani diri.


sebenarnya catatan ini dibuat ketika ingatan kembali kepada dikrai...
tak rindukah kamu pada akak?
pertemuan dahulu terlalu sebentar
banyak cerita yang tak mampu diluahkan
banyak rasa yang tak mampu dikongsikan


dan akhirnya kehidupan kita jauh terpisah
moga2 sahaja utusan doa buat akak dari kamu tidak keputusan..
Ya Allah,berikan kebahagian di dunia + akhirat
buat adik yang dikasihi itu...


buat diri....walau apa pun yang terjadi jangan mudah putus asa...
seringkali membakar semangat buat diri sendiri
walaupun sering terjatuh dalam meniti kehidupan ini
perlu bangun...jangan menangis kerana luka2 itu...
buat diri...benar pergantungan harapan kepada manusia
hanya mengundang kekecewaan...sandarkan segalanya kepada Allah swt....





Wednesday, May 2, 2012

setelah lama menyepi

Assalamualaikum...cik blog,sihat ker?
maaf yer cik blog...lama kita menyepi....rindu tak kat kita?huhuhuhuhuhuhu
sebenarnya kita selalu menjengah awak....
cuma untuk menaip dan berbicara di sini..
tangan seolah-olah 'bisu'...minda seakan-akan 'beku'...
namun hari ini kebisuan dan kebekuan itu dibongkar..
walau tiada apa yang ingin diluahkan....