Monday, July 27, 2009

HaTi yG sePi...


Assalamualaikum...lama betul tidak menulis di sini. Kesibukan dengan kerjaya, ataupun kerana ketiadaan idea...apakah alasan yang boleh diberi....
Alasan yang tepat,mungkin sebab....hati yang hilang arah...membuatkan tiada apa yang mampu diri ini coretkan.

Ya Allah...hidup ini terkadang terlalu menyakitkan...tapi perjuangan Rasulullah dan sahabat2 baginda...lebih memeritkan.Namun tidak sedikit pun,mereka berganjak dari jalan perjuangan ini.
Wahai diri...usahlah kau bersedih dengan kehidupan di dunia ini yang hanya sementara ini....Ya Allah,berikan aku sedikit kekuatan untuk menjalani kehidupan ini..Ya Allah,jangan kerana ujian di dunia ini...membuatkan aku putus asa dengan rahmat & kasih sayang-Mu. Bulan Rejab yang berlalu terasa aku sia2kan saja...terasa amat sedikit ibadah yang aku lakukan.
Ya Allah...moga kedatangan bulan Syaban ini dapat aku jadikan wadah untuk menambah ibadah kepada-Mu sebelum tibanya bulan Ramadhan kelak....