Wednesday, December 21, 2011

Tiada bicara

 moga kesedihan terus berlalu...moga sahaja..

Wednesday, December 7, 2011

sepanjang kenangan 2011

Assalamualaikum...hari ni tiada bicara,hanya kepingan2 gambar yang bersuara...


Monday, December 5, 2011

Sempurna

Aku tidak meminta yang sempurna

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Monday, November 7, 2011

Perkongsian rasa

Assalamualaikum...ujian rasa terkadang membuatkan hati ini begitu menghimpit...
tak ramai yang mampu memahami...dan tak ramai yang ingin memahami..
hilangkan semua rasa yang penuh ketidakpastian ini...
dan biarkan aku terus melangkah
melangkah untuk mengejar cinta-Nya....
perkongsian pada aidiladha ini..
mungkin ada rasa yang perlu dikorbankan...

Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2113

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

www.iLuvislam.com

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Allah Maha Adil) [Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga). [An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu  [Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa


Karya asal : daffodil At-toriq

Tuesday, November 1, 2011

Sekadar perkongsian....

Assalamualaikum,cik blog sihat?...
Ini catatan yang ke-100
nampak sangat malas menulis kan..dah bape tahun wat blog
cuma 100 je kamu tulis...hehehhehehehe
menjelang Aidiladha nie...marilah kita berkongsi

Sumber: http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/10/31/rebutlah-keistimewaan-10-hari-pertama-bulan-zulhijjah/


Mungkinkah tiada rezeki untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. – Tiba-tiba teringatkan satu potongan ayat Quran ” Wama tadri nafsun madza taksibu ghada” (Dan tiada seorangpun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari)!!! Mungkin tiada rezeki untuk menjadi tetamu Baitullah bersama ibu dan ayah tahun ini.
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab: 
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
3.  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
WALLAHU A`LAM. – Sumber
Harapan tinggal kenangan
Aku macam orang lain. Mesti ada sesuatu yang aku nak, nak sangat-sangat. Tapi aku tak selalunya dapat.
Sebab semua ini ada hikmah dan sebabnya.

Sunday, October 30, 2011

Bacalah kerana cinta...

sumber: http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/artikel-pilihan/439-ibadah-qurban-menurut-pandangan-islam


Ibadah qurban menurut pandangan Islam

SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)
2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S
3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S
4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S
5. Korban Zaman Nabi Musa A.S
6. Korban Bangsa Yunani dan Rom
7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman Allah;Maksudnya;
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya: 
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :
 “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
Maksudnya;“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.
iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.
iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.
v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;
“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;Daripada Jabir , beliau berkata :
“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.


BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

SILA RUJUK :

1. Al-Quran dan terjemahannya
2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy
3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq
4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan
5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid
6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy
7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman

Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

Jom tengok video....

Tatapan waktu pagi...

http://youtu.be/qHe56d9hQaw

http://youtu.be/7QFommZAEpk

P/s: "Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Saturday, October 29, 2011

Rumusan jalan2

Assalamualaikum,cik blog
sebenarnya malas nk menaip nie
walaupun bnyak benda yang nak dikepohkan...
tapi malas nk tulis...
cer tgok gambar nie...

Tuesday, October 25, 2011

Jalan2 lagi

Assalamualaikum...
Setelah lama tidak mencatat di sini...
maka digagahi juga tangan dan minda ini untuk mencatat sesuatu..
walaupun sebenarnya terasa malas sungguh untuk menulis
kerana sebahagiaan masa hanya dihabiskan dengan menjenguk blog2 sahabat2 maya.
sempena cuti deepavali ni,bukan sehari dua cuti...
seminggu,ok...hahahahahhaa
bila time cuti nie seronok la jadi cikgu kan...
huhuhuhuhuhu...tapi bila part sengsara mengajar anak murid + keje2 pekeranian di sekolah...
baru sibuk nak pikir...mengapalah aku menjadi guru kan....
jadi cuti seminggu yang best nie...
dimanfaatkan dengan mengikut mama keisha bercuti + pulang ke kampung..
perjalanan dimulakan ke terengganu selama 2 hari (sabtu dan ahad)
dan sekarang seudah berada di kelantan...di rumah nenek keisha
hari ni akan memulakan destinasi ke Pasir Mas...
destinasi2 seterusnya akan diceritakan kemudian yer...
tak janji tau....
Keisha mganas katika mkn...

Di pantai terengganu bsama mama keisha


,

Monday, September 19, 2011

Rasa itu...

Assalamualaikum...cik blog,sihat ker?
kita dah selesema 3 hari....tak baik2 lagi...
dulu selalu cakap dengan mama keisha,
org yang kena slsema tu...kurang kasih sayang?
huhuhuhuhu...kurangkah?
alhamdulillah...mungkin kurang kasih sayang manusia..
namun kasih sayang dari-Nya sentiasa kutagih...
catatan hari ini hanyalah catatan yang kosong sahaja
mungkin lebih kepada sebuah luahan rasa 
terkadang apa yang kita fikirkan tak mampu terluah dengan kata2
namun apabila ingin diluah di sini
ternyata tangan ini tak mampu merungkai segala rasa..
hanya kupohon...moga segala kesedihan di hati ini...
akan pergi dan berlalu...
dikrai...sihatkah awak?
akak selalu nak telefon awak...
tapi...takut awk sibuk ker...
kadang2 bila ingatkan awak...airmata mengalir
hati rasa sedih dan sayu...
segala kenangan bersama awak dengan k.muazah
sentiasa menjadi kenangan yang terindah untuk akak..
kerana kalian akak masih betah dan kuat di sini...
semoga persahabatan kita dikira Allah sebagai amal soleh
dan bukti kita bersahabat kerana Allah....



Friday, September 2, 2011

Salam Aidilfitiri..



Assalamualaikum...
cik blog sihat...maaf la,lama tak menulis di sini..
kekurangan idea dan kehilangan diri untuk menulis...
alhamdulillah,syawal disambut dengan penuh kesyukuran.
dapat meluangkan masa bersama keluarga adalah waktu yang sangat berharga.
dan dalam kebersamaan itu,walau segala apa pun kesedihan perlu dilupakan.

berakhirnya Ramadhan,membuatkan aku bertanya pada diri...
adakah segala dosa terampun...
adakah puasa yang telah dilakukan diterima oleh-Nya...
dan sesungguhnya ketika diri terjatuh...
kita perlu bangkit kembali...
jangan terus terjatuh...andai terluka...
bangun dan bangkit kembali..

buat semua sahabat...salam aidilfitri..
andai ada coretan2ku yang pernah melukakan
maka maafkanlah...bukan maksud..
tangan ini hanya menulis apa yang terluah..

buat insan2 yang pernah melukai..
kalian telah dimaafkan..siapalah diri ini untuk berdendam...
buat diri yang disayangi...jangan tangisi sesuatu yang sementara...
sesungguhnya isi dunia ini tak layak untuk ditangisi..
izinkan diri melangkah ke hadapan tanpa menoleh segala kenangan yang ada...



Sunday, July 31, 2011

Salam ramadhan...

Assalamualaikum..salam ramadhan,
sayunya menyambut Ramadhan kali ini..
Ya Allah..berikan aku kekuatan & kesabaran untuk mengharungi bulan penuh barakah ini..
dan setiap kali ramadhan apabila mendengar lagu ini...
sayu sungguh rasa hati..

Sunday, July 24, 2011

Jom baca...

Sekadar perkongsian...diambil dari http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/07/kelebihan-puasa.html

Kelebihan Puasa

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 2, 2011

Setelah kesibukan itu

assalamualaikum...
cik blog sihat ker?
maaf la lama betul tak mencatat kat sini..
biasalah lepas jer naik dari cuti sekolah..
memang kesibukan yang maksima...
naik cuti sekolah sibuk key in markah student
pastu ada sambutan 10 tahun sekolah
minggu seterusnya sibuk dengan persiapan jualan hari kokurikulum
bayangkan terpaksa sediakan 1600 kupon,
dengan kudrat 2 org guru yang tak berapa gagah
siap jer kupon minggu seterusnya sibuk dengan sukan...
bayangkan 2 orang guru yang sama mengambil tempahan,
untuk makanan anak murid
memasak sebanyak 150 bungkus mihun goreng...
makkk ooooiiiii....macam tak percaya...
tapi alhamdulillah semua tugas yang diamanahkan 
dapat diselesaikan dengan jayanya
alhamdulillah...masih diberi kekuatan oleh-Nya
minggu ni sibuk dengan program panitia peringkat daerah pulak..
kemudian nak kena prepare mesyuarat agung tahunan utk koperasi..
kesibukan ini masih belum berakhir lagi...mampukah aku?
Ya Alllah...berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..
janganlah kesibukan dunia ini,membuatkan aku jauh dari-MU...

Thursday, June 2, 2011

Catatan cuti

Assalamualaikum...
cik blog sihat? kawan2 sihat tak? kita kat sini,
sihat seadanya...alhamdulillah
walaupun cuti sekolah dah bermula...
tapi masih tak sempat2 nak mencatat di sini..
maaf la yer,maybe kehilangan dan ketiadaan idea untuk merapu..
bayangkan cuti kali ni memang lepak selepaknya...
tak perlu naik bas turun bas,hatta naik flight ataupun menaiki kenderaan..
dok kat rumah pun...rasa macam dah okay sangat..
tak perlu mendengar hiruk pikuk seperti biasa...
walaupun cuti cuma berbaki seminggu lebih jer lagi..
tapi misi menanda kertas exam belum bermula lagi..
orang lain dah siap key-in markah kat komputer..
huhuhuhuhu (ada aku kisah ngan orang lain tu....)

rindunya kat budak sihat..
cuba menahan diri dan tangan untuk tidak menelefon mak budak sihat...
kalau kamu ada telefon sendiri kan senang..
tak payah anty susah2 telefon mak kamu..
dari kejauhan anty doakan.moga keisha di sini baik2 saja..
bukan selalu boleh balik kelantan...
jadi,nikmati sepenuhnya masa bersama keluarga di sana..
hmmmmm,macam la budak sihat baca blog aku nie...

sebenarnya rindu jugak kat dikrai..
kalau dikrai belum bertukar status..
pasti cuti sekolah kali ni ada la jugak sehari dua bercuti ngan dikrai..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....

okaylah tetiba hilang idea...
rasa rindu ni menghambat idea2 utk keluar...
dengan kata yang mudah...takde idea dah...
jom layan lagu nie...

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru..

Assalamualaikum...
ucapan untuk diri sendiri dan 
kawan2 yang bergelar seorang guru..
selamat hari guru...
moga terus menabur bakti mendidik anak bangsa,
menjadi insan yang berguna,bahagia dunia + akhirat...


Wednesday, May 11, 2011

bulan mei

Assalamualaikum,maaf la yer...kawan2,
sejak kebelakangan ini memang agak tidak rajin untuk menulis.
entahlah yer,kenapa dan mengapa...tidak tahulah...
tapi mungkin kenalah faham,bulan mei ni musim budak2 exam.
sekarang ni sedang bergelumang dengan kertas exam.
bayangkan membaca karangan 3 kelas,setiap kelas ada 35orang.
dan setiap orang pelajar jawab 4 bahagian.
serius...rasa nak muntah,semalam dah mula menanda...
hari ni terpaksa berhenti...sebab dah muntah darah..(hehhehehehe,gurau jer!!)
ditambah pulak terpaksa membaca karangan insan2 yang 'best' sangat tu...
kena tabahkan hati....jangan pengsan sudah....

rindunya kat dikrai...sejak gi kenduri kawin dia hari tu..
terus senyap sunyi....apa2 pun moga dikrai berbahagia...
kesian akak dikrai,dah takde orang nak dengar citer akak...
terpaksa merapu kat cik blog...itupun cik blog dengar jer..
tak pernah balas...sekurang2nya komen la sikit...
dikrai...awak,ingat lagi tak kat akak????
huhuhuhuhuhuhuhuhu....

okaylah...dah tak mampu menulis dah...
sayulah rasa hati...
lama tak letak gambar budak sihat kan...
nasib baik ada bdk sihat..
leh la menumpang kasih...


keisha n anty timah...

Friday, April 29, 2011

pujuk hati

assalamualaikum...
lamanye tak menulis kat sini...
cik blog sihat tak?
maaf eh cik blog,sejak kebelakangan ni
kesibukan yang maksima...
kat rumah xde masa nak mengadap laptop
ini pun berjaya memunculkan diri kerana
tetiba malam ni,mata tak mengantuk lak...
sebenarnya sekarang ni tengah malas yang maksima
kesian cik blog kan..lama kita tak sembang ngan awak...
sejak tak boleh fokus dgn benda2 macam nie..
fikiran yang bercelaru...hati yang penuh kesedihan...
memang nak menulis pun tak mampu...
huurmmmmmmm...apa lagi entah...
bilakah diri yang dulu itu akan kembali???
sesungguhnya diri ini penat...
penat..cik blog,nak pinjam bahu boleh...??
taknak dah sandar pada kenangan...nak pinjam bahu cik blog...
nak nangis kejap...boleh???
walau apa pun yang dikatakan tak mampu memujuk hati...
Ya Allah,berikan aku kekuatan utk mharungi kehidupan ini...

Saturday, April 16, 2011

Cerita pada hari cuti

Assalamualaikum...
cik blog sihat ke...lama kita tak tanya kabar awak...
walaupun tetiap hari kita melawat awak,
kita cuma tak sempat nak bertanya khabar jer
biasalah...mood untuk menulis dah hilang....
kalau mengadap laptop pun sekadar  sejam lebih tu boleh la...
lepas2 tu...dah bosan....
cuti yang cuma dua hari nie...
banyak sangat yang perlu dilakukan...
1. siapkan markah plbs
2. siapkan soalan ea
3. buku rekod
4. headcount
5. minit2 mesyuarat panitia + koop
nak taip pun malas...rasa nak muntah....
sebenarnya profesion ni,taklah seindah mana...
kalau setakat datang sekolah,mengajar jer
boleh la...tapi kerja kerani2 nie lebih banyak dari keje mengajarnya....
huhuhuhuhuhuhu...tabahkan hati.....
nanti cuti sekolah,boleh rehatkan kepala otak nie...
 sekarang ni kena kerja sampai lupa dirinya..
jangan sampai lupa Tuhan sudahlah....
huhuhuhuhuhu
penat giler macam kucing kat sebelah....

kalau dapat tido macam budak kat sekolah ni pun ok...
dah timah,jgn nak mengadap laptop lagi..
pi wat kerja...
selamat tinggal cik blog...miss me,ok....