Friday, August 13, 2010

salam ramadhan...

Alhamdulillah,masih diberi peluang oleh Yang Esa untuk bertemu dengan ramadhan,bulan yang penuh dgn rahmat dan keampunan ILahi...dan aku masih lagi cuba untuk bermujahadah sepanjang ramadhan ini...bermujahadah semoga menjadi muslim yang lebih baik, bermujahadah semoga menjadi muslimah yang lebih solehah....
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini... berikan aku peluang untuk berubah...berikan aku peluang untuk menjadi lebih baik dari aku sebelum ini....esok aku akan ke KL...lama betul tidak menjejakkan kaki ke sana...bukan untuk bershopping,tapi untuk bertemu dengan sahabatku,muazah... tidak lupa juga srikandi kecil iman dan ecah...

Ya Allah permudahkan perjalananku,berkati perjalananku...aku hanya ingin bersilahturahim, bertemu sahabat seperjuangan yang lama tidak aku temui...dikrai tidak dapat bersama dengan kami...takpe yer dikrai,ada peluang kita bertiga akan bersua juga....walaupun sebenarnya banyak keje di sekolah,tapi terpaksa juga gagahi diri...kalau bukan esok,bila lagi nak jumpa...terpaksa ketepikan dahulu keje di sekolah....
Sekadar renungan bersama....
"Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”