Thursday, December 3, 2009

petang yang syahdu..


hari ni kelas tambahan yang kedua. walaupun sambutan kurang menggalakkan. takpelah..at least ada jugak anak murid yang sudi hadir...terima kasih eh sudi hadir kelas saya...balik jer dr sekolah..terus gie mbayar bil2..bil letrik,astro,internet, duit kete...wah banyaknye....
banyaknye duit yang dihamburkan kepada bank2...hmmmm, terpaksa dah tanggungjawab..
sampai jer umah,biasalah adinda2 dok melepak,terus tido...aku? macam biasa la..mana tido petang,masih dengan slogan...
"TIDO PETANG,MUKA X CUTE"..
walaupun mmg x cute...takpela..layan jer...syukur dengan apa yang ada...
sepanjang petang melayan lagu2 kapak..best gak nyanyi depan laptop..walaupun suara tak sedap...tp xpe...layan je la..ok ape suara...hahahahahahahahaha
hakikatnye hanya kita yang mampu menghiburkan diri sendiri. kita mampu ketawa pada zahirnya..tp dalam hati..sesungguhnya hanya Allah yang tahu..gembira, sedih...semua itu datang dari-Nya...maka kembalikan segala rasa itu dengan bersyukur atas segala kurniaan Ilahi...

Monday, November 30, 2009

salam aidildha..

sambutan aidiladha..julung2 kalinya tanpa atuk tersayang..pulang ke kampung ke rumah yg tak berpenghuni..pulang ke kampung tanpa limpahan kasih sayang spt biasanya.. hakikatnye benar..apabila insan yg kita sayangi telah pergi,maka kita lebih menghargai kehadiran mereka...itu sebuah hakikat yang amat pahit untuk ditelan.. adakah selepas ini kami akan sering pulang ke sini...dulu ketika masih ada penghuni amat jarang anak2 pulang untuk sambutan aidiladha..hanya ayahanda tersayang dan anak2nya yang akan memenuhi kesepian2 di rumah berpenghuni ini..namun kepergian atuk, seolah-olah membuatkan ayahanda hilang kasih sayang...ayahanda tak pulang...mungkin malas karenah adik2 yang pulang hanya untuk membangkitkan isu harta atuk..
atuk..moga tenang di sana...moga ditempatkan bersama golongan yang soleh..doa kami tak putus untuk dikau..semoga terus tenang di sana...
salam aidiladha buat semua...hakikatnya aku yang semakin hilang ini...akan terus hilang...bukan mudah untuk mencari diri yang hilang...moga aidiladha kali ini aku lebih memahami erti sebuah pengorbanan yang sebenar...apa saja kesedihan yang bertandang di hati...ini hanya kesedihan dunia...itu hakikat juga..dan aku tak boleh hanyut dalam kehilangan ini...

Thursday, November 5, 2009

aku yg HiLang..


aku yg hilang? biar betul tajuk nie...saje,mmg aku dah hilang pun...x tahu ke mana perginye diri ini... kalu barang hilang boleh dicari, kalu anak kucing hilang pun..leh dicari lagi...tapi kalau aku yg hilang??? kat mana nak dicari????

Ya Allah..berikan aku sedikit kekuatan..untuk mengharungi kehidupan ini...rasa x kuat..rasa x mampu...penat dan letih...

Friday, October 23, 2009

bicara hati..


salam..agak lama tidak mencoret di sini..Terkadang ada kesedihan yang tak mampu kita luahkan..ada kesedihan yang tak mampu kita rungkaikan..
Ya Allah hapuskan segala rasa2 yang hanya membuatkan aku putus asa...hapuskan segala rasa yang tidak sepatutnya ada di hati ini...duhai hati...kesedihan ini tidak akan bertepi..maka pergilah...pergilah segala kesedihan itu...

Saturday, August 29, 2009

paGi yanG ceRaH..

SaLam raMadHan..genap 8 hari kita berada dalam bulan Ramadhan..membuatkan aku terfikir,adakah selama 8 hari ini aku benar2 menggunakan segala peluang yang ada untuk beribadah kepada-Nya, adakah selama 8 hari ini aku benar2 mengejar segala keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Segala persoalan yang berlegar-legar di minda ini,seakan-akan menusuk kalbu ini,kerana aku merasakan aku belum sehabis daya beribadah sepanjang bulan yang mulia ini.
Ya Allah,sesungguhnya..perjuangan untuk beroleh redha dan cinta-Mu bukan semudah yang dikatakan..perjuangan melawan hawa nafsu ini memang payah. Ya Allah berikan aku kesempatan untuk terus mencuba,jangan kau tarik segala nikmat iman & Islam yang telah Kau berikan ini..aku masih mencuba dan akan terus mencuba...
"Sungguh rugilah seseorang yang menyambut bulan Ramadhan kemudian melepaskannya, sedangkan dosa-dosanya belum diampuni." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Ya Allah,jangan jadikan aku orang yang rugi...aku enggan menjadi orang yang rugi...ampunilah aku, Ya Allah.... berikan aku sedikit kekuatan untuk mengharungi bulan yang penuh mulia ini, berikan aku sedikit kekuatan iman untuk terus berubah ke arah kebaikan...

Sunday, August 23, 2009

RaMadHaN kembaLi...



salam Ramadhan...Ya Allah,terima kasih atas segala kurniaan-Mu ini.. dgn limpah rahmat-Mu dapat aku menikmati ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Moga sepanjang bulan yang berkat ini dapatlah aku muhasabah diri dan membina kekuatan buat mengharungi kehidupan yang seterusnya.
Dugaan hidup di dunia ini,adakalanya terasa amat membebankan,namun siapalah kita sebagai hamba-Nya untuk terus mengeluh..sedangkan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda tidak pernah sekali mengeluh pada setiap ujian & dugaan yang mereka hadapi...
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat diriku, keluarga, sahabat2 dan juga sekalian umat Islam. Moga kita mengambil ikhtibar atas segala apa yang terjadi...cuba koreksi kembali diri..adakah selama ini kita telah menjadi hamba-Nya yang benar2 patuh pada setiap perintah dan suruhan-Nya, Ya Allah..berikan aku sedikit kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar ini...jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur & redha atas segala ketentuan-Nya...

Tuesday, August 11, 2009


TATAPAN UNTUK SENAMAN JIWA…
DIRI KU & SAHABAT….

WAHAI DIRIKU…
MENGERTILAH…!

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,

Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini….
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu…?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu…

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya….
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma'thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da'ie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ….
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati….

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu….
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadpan kudrat dan iradat-Nya….


Saidina Ali pernah berkata:"Dunia hanyalah di tanganku...tetapi akhirat terletak di hatiku..."

:**petikan dari http://noradila.tripod.com/haqirfiLlah/

keSUnYian berTanDanG

Bila Kesunyian Datang
dipetik dari :www.iluvislam.com
Oleh : Abang Imam (Editor : naadherah)

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Tuesday, August 4, 2009

ViRuS...


Assalamualaikum...alhamdulillah,atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya masih berpeluang lagi untuk mencatat di ruang yang sepi ini. Dah seminggu demam...Ya Allah,kau tarik kesihatan diri ini....sekurang2nya dapat aku jadikan muhasabah...adakah selama ini aku benar2 mensyukuri segala nikmat kesihatan yang telah Engkau berikan ini...moga kesakitan ini adalah penghapus dosa2 ku yang menggunung tinggi ini....

Dalam tak sihat nie,kena gigihkan jua diri untuk pergi kerja. Kalau ikutkan boleh jer dapat mc...tapi entahlah,dok kat umah pun tido jer. Baik aku melawan kesakitan ini dengan pergi bekerja...moga2 pahala bekerja ini...dapat mengurangkam kesakitan diri ini...Ya Allah,jadikan hamba-Mu yang redha dengan segala ujian yang Kau berikan ini...

Monday, July 27, 2009

HaTi yG sePi...


Assalamualaikum...lama betul tidak menulis di sini. Kesibukan dengan kerjaya, ataupun kerana ketiadaan idea...apakah alasan yang boleh diberi....
Alasan yang tepat,mungkin sebab....hati yang hilang arah...membuatkan tiada apa yang mampu diri ini coretkan.

Ya Allah...hidup ini terkadang terlalu menyakitkan...tapi perjuangan Rasulullah dan sahabat2 baginda...lebih memeritkan.Namun tidak sedikit pun,mereka berganjak dari jalan perjuangan ini.
Wahai diri...usahlah kau bersedih dengan kehidupan di dunia ini yang hanya sementara ini....Ya Allah,berikan aku sedikit kekuatan untuk menjalani kehidupan ini..Ya Allah,jangan kerana ujian di dunia ini...membuatkan aku putus asa dengan rahmat & kasih sayang-Mu. Bulan Rejab yang berlalu terasa aku sia2kan saja...terasa amat sedikit ibadah yang aku lakukan.
Ya Allah...moga kedatangan bulan Syaban ini dapat aku jadikan wadah untuk menambah ibadah kepada-Mu sebelum tibanya bulan Ramadhan kelak....

Thursday, May 14, 2009

hati jgn MenAnGis..


Assalamualaikum...setelah sekian lama tidak menulis. Kuatkan juga hati ini, semangat jgn kau kecewa....hati jgn kau menangis...kadang2 bila semangat merundum...apalah yang mampu aku lakukan...tika diri ini tak nak berbuat apa...Ya Allah,hilangkan segala resah di hati ini...jangan kerana sedih di hati ini, membuatkan aku putus harap pada-Mu

acapkali aku katakan pada diri,dunia ini hanya sementara...tak perlu ditangisi...biar menderita di dunia...asalkan di sana nanti, kehidupan yang lebih abadi di sana...
aku lebih bahagia...
Ya ALLah,jadikan aku hanba-Mu yg redha dengan segala ketentuan-Mu...


Sunday, April 26, 2009

PaGi AhAd yg tenang


Assalamualaikum...pagi ahad yang tenang. Alhamdulillah, masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk mhirup udara pd pagi ini. Semalam, seharian menemani miza ke rumah bakal mak mertua dia. Ikutkan hati, mmg malu giler...tp sbb kerana member,redah je lah. Lagipun setakat meneman jer...terima kasih tuan rumah,kenyang perut kami semalam...moga Allah berikan kebahagiaan & ketenangan buat tuan rumah sekeluarga.

Sebenarnya,banyak keje nak buat...buku rekod pn x buat lagi....malas tahap cipan nie...
Ya Allah,jauhkan sikap malas ini dari diriku...berikan aku sedikit kekuatan utk menjalani ujian hidup ini...esok dh mula keje,tp yg bestnyer keje 4 hari jer. Insya Allah,ptg khamis akn terus ke kelantan...menemani sahabat pulang ke kg... cuti x apply lagi nie. Tak tahulah dapat ke tidak...moga perjalanan kami akan dilindungi Allah hendaknya.....

Friday, April 17, 2009

akhirnya...

salam...

akhirnya dapat jugak menulis blog...
dah lama nk ada blog...
cuma x berkesempatan...dan belum ada idea untuk menulis....
tapi...bile dah ada blog nie...entah tulis...entah tidak...
hehehehehee....