Thursday, December 13, 2012

Salahkah

sumber: http://semut2comel.blogspot.com/2011/10/salahkah-jadi-orang-bujang.html#more

Salahkah Jadi Orang "Bujang"?

"Salahkah kalau aku tidak bergelar isteri orang? Berdosakah aku?" Telah lama dia menyepi, kini dia kembali lagi dengan 'kata-kata aluan' pembuka bicara yang sungguh luar biasa. Pelik sungguh soalannya kali ini. Ingin saja aku tergelak tapi sebaik sahaja melihat riak wajahnya yang tegang, aku menahan diri.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, ke kanan kemudian ke kiri dan ke kanan sekali lagi.
"Kalau aku tidak bersalah, jadi mengapa aku dihukum?" Tegas suaranya menikam hingga ke tangkai jantungku.
Kini, aku pula yang stress.

"Dihukum? Apa maksud kamu?" Soalannya aku jawab pula dengan soalan. Dahinya kelihatan berkerut-kerut. Kerutan di dahi aku juga sebenarnya tidak jauh bezanya dengan dia.
"Aku nak cakap pun susah, tapi sungguh aku rasa terhukum!" Begitu dia menjawab. Dia tunduk merenung lantai.
"Kau dihukum atau kau yang menghukum dirimu sendiri?" Bertalu-talu pula aku menyoalnya. Ah! Barangkali kerana aku masih belum punya jawapan bagi soalan pembuka bicaranya itu.

"Maksud kamu apa?" Pulak. Aku disoal lagi.

"Yalah, kau kata kau rasa terhukum. Tapi sebenarnya siapa yang menghukummu? Atau ia cuma tak lebih sekadar perasaanmu saja? Ibarat kau yang menghukum dirimu sendiri.." Aku bersilang kata. Bagai tergigit lidah sendiri. Terbelit dengan butir bicara yang terluncur dari lidahku.

"Kau mungkin tidak mengerti.." Perlahan suaranya hampir tidak kedengaran.
"Jadi, bantu aku agar aku mengerti..." Aku membalas.

"Masa silam yang pernah aku lalui, pengalaman orang sekeliling membuatkan aku selesa dengan hidupku sekarang, bersyukur seadanya dengan apa yang aku ada kini biarpun aku tiada tempat untuk bernaung menumpang kasih sebagai seorang isteri. Aku bahagia dengan hidupku kini tapi mengapa aku sering dipandang serong? Seolah-olah aku ini cacat dan tidak sempurna. Seolah-olah aku seorang pesalah! Apakah benar aku bersalah? Salahkah aku mencuba untuk menjadi manusia yang redha dengan apa yang aku miliki? Syukuri apa yang sedang aku lalui, bahagia dengan cara aku sendiri. Salahkah aku tidak bergelar isteri orang?" Suaranya mendatar. Aku cuba untuk mengerti. Dan bukanlah susah untuk aku mengerti kerana aku dan dia adalah satu.

"Tidakkah mereka tahu, dunia ini cuma sementara? Biarpun aku mungkin tidak sebahagia mereka, tanpa anak tanpa suami tapi setidak-tidaknya aku tahu, aku hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti aku juga akan mati dan derita aku ini juga akan berakhir. Berkahwin atau tidak, bukan soalnya yang utama, kerana apa yang lebih utama adalah ganjaran syurga dari Allah. Aku mahu yang itu biar apapun caranya. Aku ingin syurga! Aku bukan Asiah, aku bukan Siti Hajar. Aku mungkin boleh saja jadi isteri derhaka yang dibenci Allah. Dan aku juga tahu, aku bukanlah Maryam. Aku juga mungkin tidak mampu menjaga kesucianku selamanya... "

"Aku percaya Allah lebih mengetahui atas segalanya. Aku tidak harapkan suami yang soleh. Anak-anak yang banyak. Aku hidup bukan untuk itu semata-mata. Aku harapkan syurga Allah. Andai dengan hidup begini, keimanan dan ketakwaanku bertambah, apalah salahnya aku terus hidup begini..."

"Dan seandainya dengan bernikah keimananmu dan ketakwaanmu akan lebih bertambah, itu juga hanya Allah yang tahu, kan?" Aku memintas kata-katanya.

Dia angguk. "Ya.." Sepatah dia menyambung.

"Kau benar, kau tidak bersalah. Memang tiada salahnya belum bergelar isteri orang. Aku tahu itu juga di luar kemampuanmu. Bukan pintamu untuk hidup menyendiri selamanya. Aku mengerti. Dan mungkin bukan niat mereka untuk menghukum kamu, cuma sekadar refleksi atas dasar prihatin." Aku mengulas, kemudian berhenti seketika.

"Prihatin? Maksud kamu apa?" Dia bertanya kepadaku. Aku masih membisu.

"Ya, prihatin dan barangkali simpati. Bukankah fitrah alam setiap sesuatu diciptakan berpasang-pasang. Malam pasangannya siang. Gelap pasangannya terang. Hitam pasangannya putih. Betina pasangannya jantan. Sebagaimana Adam menginginkan Hawa, begitu juga wanita, inginkan lelaki. Kau juga tidak terkecuali." Aku menyambung setelah diam untuk beberapa detik.

"Jadi, aku dihukum kerana aku wanita yang belum ketemu pasangannya? Begitu?" Dia masih kekeliruan. Aku tumpang simpati.

"Bukan dihukum, tapi mereka mungkin berharap agar kamu segera ketemu pasanganmu, agar kamu mendapat sakinah, mawaddah warahmah menerusi pernikahan itu. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ruum, ayat yang ke-21, yang mana bermaksud, Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..." Begitu aku menyambung bicara. Kemudian menarik nafasku dalam-dalam lalu menghembuskannya. Bagai berbisik kepada diriku sendiri.

"Usah lagi berfikiran negatif. Jangan difikirkan sangat kata orang. Teruskan hidup dengan ceria. Nikmati segala apa yang kau miliki hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok kau mungkin bukan lagi kau seperti hari ini, mungkin kau akan bergelar isteri orang dan mungkin juga esok kau akan kembali ke alam barzakh..Senyum, okay?" Aku meneruskan lagi kata-kataku. Dia mengangkat wajah memandang ke arahku. Kerutan di dahinya sudah hampir tiada kelihatan, dia tersenyum.

Aku membalas senyumannya dengan penuh makna.

Sempat aku bermonolog. 'Benarlah sekarang dia tidak bersalah, tapi seandainya suatu hari nanti, andai dia selalu menolak jodoh yang datang dan selalu berprasangka negatif terhadap institusi pernikahan, tunggulah, aku sendiri yang akan menghukumnya!'

Tuesday, November 20, 2012

Pasrah Segalanya - De Hearty


Friday, November 16, 2012

ptg yg hening

assalamualaikum..cik blog sihat ker.
skrg ni setiap ptg hujan..
alhamdulillah..
sgt suke dgn hujan..
seolah-olah ingin menjadi teman hujan
hnya org yg mngerti sahaja dpt memahami..
ingin berdiri di tengah hujan..
lalu menadah muka..
agar tiada yg tahu..
hujan..dtglah dikau..
agar aku tak rasa sepi..

Wednesday, November 14, 2012

cuti...waktu utk...

assalamualaikum...
menjelang cuti persekolahan,maka inilah masa untuk berkurung di sini
terasa...pelbagai rasa yang sukar untuk ditafsir...
di dalam hati...cuti cepatlah dikau berlalu...
namun apabila dikau pergi,aku ingin dikau kembali
sukarnya mentafsir kehendak hati...
aku ingin mengisi cuti ini dgn penuh berfaedah
agar dapat aku jadikan bekalan buat mengharungi kehidupan yg mendatahg
agar jiwa ini lebih tenang dalam mengejar cinta-Nya
Ya Allah berikan aku kekuatan utk mengharungi hidup ini...
d saat aku lemah dan terjatuh..hanya pada-Mu aku pasrahkn segalanya..

Sunday, September 16, 2012

Kesendirian

Assalamualaikum...
terkadang sendiri itu memberi peluang untuk diri mengkoreksi kembali diri. 
memberi peluang buat aku sebagai hamba-Nya merenung kembali jejak kehidupan yang telah ditinggalkan. 
hakikatnya kesendirian terkadang membuatkan kita boleh menangis dalam ketawa. 
seperti biasa...tatkala catatan ini dicoret,masih ada rasa yang tak mampu diluahkan. 
dek kerana terlalu menjaga hati dan perasaan yang lain,hati sendiri yang tergadai dalam gudang kesedihan. 
walau apa pun,teruskan berjalan kerana bumi tetap berputar walau kita berhenti melangkah.
peringatan buat diri..


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
(Al-Ahzaab 33:16

Tuesday, August 21, 2012

catatan syawal 3

Assalamualaikum...catatan syawal..hari yang ke-3
masih lagi berkurung di rumah....
nampaknya memang beginila
sudah kukatakan...syawalku bkn seperti org biasa....
namun aku bersyukur dengan apa yang ada
hakikatnya aku sudah terbiasa dengan keadaan sebegini..
akak,abg it n ina..pg2 dah g kl..beraya kat rumah mak tik
sekali dengan berjalan2 di Kl..
raya2 g kl...??? lbh baik dok kat umah
ikut hati...nak sangat beraya ke n9
rindunya kat dikrai..tapi...
entahlah..mesti dia sibuk..
mesti ramai orang beraya kat rumah dia....
kalau ikutkan hati...setiap kali raya...xnak berada kat malaysia..
atau bila hari raya...aku boleh hilangkan diri...
mnyorok kat atas pokok..atau terbang ke jepun...
tapi kita perlu berada di bumi yang nyata..
dan kerana aku masih waras...aku berada di sini..
masih di sini...terkadang kesepian ini boleh membunuh jiwa..
dan aku taknak terbunuh..sila jangan bunuh saya...
siapa suka hari raya????
sila angkat tangan...hmmm,ramai jugak yg angkat tangan.
ok..turunkan tangan...
saya juga suka hari raya..suka sangat....
(tangan di bahu..mata ke atas...)


Monday, August 20, 2012

syawal yang.....


Assalamualaikum cik blog
Salam aidilfitri..moga ramadhan yang berlalu memberikan 1000 rahmat buat kita
Sayunya..terasa tidak cukup…andai kita tahu hebatnya bulan ramadhan,
maka kita berharap setiap bulan ialah bulan ramadhan.
Syawal kali ini disambut dengan penuh sederhana,sama seperti tahun2 yang berlalu..
Cuma tahun ini abg it n ina kerja..so hanya kami sahaja. Cik nurul beraya di Pahang…
Aktiviti pertama,melawat mak sedara mama di pontian. 
Kemudian ke rumah mak yang, pak awang dan kemudian pulang ke kampung permas.
Setiap kali ke sini..perasaan sayu menerjah diri…sayu sekali…
Kenangan terindah di sini hanya sementara dan tidak akan berulang lagi..
Hakikatnya kehadiran syawal acapkali meruntun kalbu..
terlalu banyak persoalan di dalam minda..
dan setelah kehilangan atuk dan nenek…
cukup bagiku bila beraya, cukuplah bersama keluarga…
bapak + mama dan adikberadik…cukuplah dengan mereka..
Bukan aku ingin memutuskan hubungan silahturahim…
namun banyak hati yang akan terluka..
apabila persoalan ini dirungkai…
pasti bapak rindu sangat untuk beraya di sini bersama adik2nya…
sekarang yang ada hanya kami..
Dan bagiku..cepat2lah syawal pertama ini berlalu.
.kerana esok..aku ingin kembali seperti biasa…
aku hanya ingin teruskan kehidupanku…
syawal kami bukan seperti keluarga yang biasa...syawal kami...
Ya Allah...ampunilah aku...aku ini hamba-Mu yang berdosa..
airmata begitu murah sekali..aku terlalu lemah dan rapuh...
andai diberi pilihan...aku memilih untuk tidak berada di sini...
melihat kehidupan norli...sungguh bahagia...walau tidak punya apa..
namun cukup dengan apa adanya..
melihat kehidupan mereka...ya aku cemburu...namun aku harus bersabar kan..
biarlah sisa2 hidup ini bersama dengan mereka yang telah banyak berkorban utkku..
biarlah aku merasa cukup dengan apa yang ada...
wahai hati...usah diimpikan sesuatu yang sukar utk dimiliki...
wahai hati...cukuplah dengan apa yang ada ini...
wahai hati...usah menangis...sesungguhnya yang ditangisi hanyalah keinginan dunia...

Saturday, July 28, 2012

Lamanya menghilang

Assalamualaikum,lama sungguh tidak mencatat di sini
hakikatnya,agak lama blog ini tidak dibuka...
salam ramadhan..moga kehadiran ramadhan tahun ini... 
dapat kita hayati dengan penuh keimanan
ramadhan kali ini benar2 penuh dengan ujian
cuaca yang setiap hari panas..berjuang dengan anak2 murid
terkadang mencabar kewarasan.....
benar...ramadhan mendidik jiwa
untuk lebih sabar dan sabar....
bangun sahur td..teringat pada dikrai...
tak sampai sejam dikrai hantar mesej
bicara sufi sungguh..tapi msj itu dibiarkan sepi...tanpa balasan
maafkan akk yer dikrai...akak membawa hati....
buat semua sahabat2 di alam maya ini...
tempuhi ramadhan ini dengan penuh keimanan..
moga kita dapat mendidik jiwa ini agar lebih dekat dgn-Nya....

Friday, June 8, 2012

Selalu ingin...


Assalamualaikum..
walaupun diri ini ingin menangis...
namun hati tetap perlu tabah







Saturday, June 2, 2012

Ya benar...saya....

Perkongsian pada malam minggu...
di minda banyak yang difikirkan...
dan di hati banyak yang ingin diluahkan...
namun....semuanya seakan terhenti....

http://www.penamujahid.com/?p=655

http://akhmohd777.wordpress.com/2012/05/10/

http://zainurrashid.com/futur-bangkit-segera-atau-gugur/

Friday, June 1, 2012

Bicara seorang aku

Assalamualaikum,
terasa untuk mencoret sesuatu...mungkin pada waktu cuti sekolah sahaja, jari jemari ini begitu rajin untuk menaip. Atau mungkin kerana ketiadaan insan untuk diajak berbicara membuatkan diri ini terasa ingin bersuara di sini. Semalam udda dah tahu posting kat mana. Alhamdulillah, Allah permudahkan...dapat posting dekat2 dengan rumah jer. Mudah la nanti bila lepas kahwin. Walau terasa sayu di hati,tetapi apabila memikirkan dia akan lebih bahagia di sana. Di sudut hati hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk dia. Lepas ni keisha dah tak boleh cari adda dah,adda dah kerja jauh. Lepas ni mama keisha tak boleh dah ajak adda meronggeng. Lepas ni anty timah tu pun dah tak boleh nak minta2 tolong kat adda.
Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah dah rencanakan yang terbaik untuk hamba-Nya. Redha dan pasrah,itu ubat yang mujarab. Pada ketika tiada apa-apa yang mampu memujuk hati, maka serahkan segala rasa itu kepada Dia....Ya Allah tenangkan hati ini...berikan aku kekuatan untuk mengharungi hari2 yang mendatang ini....terkadang merasakan diri ini tidak mampu mengharungi semua ujian yang datang. Tersungkur dan terluka...namun bangkit kembali berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang ada.
Cuba memujuk diri...ingatkan diri bahawasanya..Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. YA Allah...jangan kerana aku tidak mendapat apa yang aku inginkan..membuatkan aku tidak redha...YA Allah,aku cuba redha...aku cuba menerima apa-apa sahaja ujian....namun iman yang menipis ini...seringkali membuatkan aku menangis....tiada apa yang aku inginkan.. hanya sebuah kedamaian dan ketenangan. Moga ujian yang mendatang membuatkan aku lebih dekat dengan-Nya.
Ya Allah...terimalah taubat hamba-Mu ini,jadikan aku hamba-Mu yang sabar dan kuat menghadapi segala ujian yang mendatang....


Thursday, May 31, 2012

catatan ketika cuti

Assalamualaikum...
 hari yang ke-6 untuk cuti sekolah yang 14 hari ni. Banyak keja yang perlu dilakukan dan masih tiada keinginan untuk memulakan apa-apa. Sekiranya diberikan peluang ingin sekali duduk di tempat pantai mahupun berada di tepi air terjun. Ingin melupakan sebentar kesibukan dunia. Ingin sekali berada di satu tempat yang tidak dikenali oleh sesiapa dan kemudian menghabiskan cuti di situ. namun mungkin keinginan2 ini sukar untuk dipenuhi....
saya ingin berada di sini...dan si situ....

Sunday, May 20, 2012

Jom baca...Bagaimana aku memandang jodoh..


Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama sahaja kau bertanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya,
dan tersimpan dengan indah dalam setiap lembar daun di lauhul mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..
Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan menjual murah kehormatanmu untuk perkara yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tetapi tak pantas layak bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkanlah, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis kerana rindu,
Mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, apakah masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang sewajarnya
jika  dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih
kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
Dia  membandingkanmu dengan orang lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab ‘ya’ maka, itu pula yang kami, wanita rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahawa yang akan berlaku adalah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejajar dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau  bazirkan waktu?
Kerana apa kau habiskan air matamu? 
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tetapi ketahuilah, kerana kau memilihku, kau ku cinta…
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan.

Sunday, May 6, 2012

Tulisan selepas kesepian

Assalamualaikum,cik blog..
malam ni terpanggil untuk menulis.
sebenarnya banyak catatan telah dibuat...
namun semuanya tersimpan rapi di 'draft'
terkadang ada rasa yang perlu disimpan rapi...
bimbang penilaian orang yang membacanya 
akan mengundang andaian2 yang tidak benar.
bila berbicara tentang hati & perasaan...
mungkin terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata2.
di sini merupakan medan untuk meluahkan
 apa yang tidak mampu dikongsikan melalui bicara.
kala hati ini seakan-akan meronta untuk memaparkan segala rasa...
YA Allah...sesungguhnya hanya kepada-Mu aku pasrahkan segalanya.
hanya hati yang rapuh ini yang aku miliki....
seringkali airmata menemani diri.


sebenarnya catatan ini dibuat ketika ingatan kembali kepada dikrai...
tak rindukah kamu pada akak?
pertemuan dahulu terlalu sebentar
banyak cerita yang tak mampu diluahkan
banyak rasa yang tak mampu dikongsikan


dan akhirnya kehidupan kita jauh terpisah
moga2 sahaja utusan doa buat akak dari kamu tidak keputusan..
Ya Allah,berikan kebahagian di dunia + akhirat
buat adik yang dikasihi itu...


buat diri....walau apa pun yang terjadi jangan mudah putus asa...
seringkali membakar semangat buat diri sendiri
walaupun sering terjatuh dalam meniti kehidupan ini
perlu bangun...jangan menangis kerana luka2 itu...
buat diri...benar pergantungan harapan kepada manusia
hanya mengundang kekecewaan...sandarkan segalanya kepada Allah swt....





Wednesday, May 2, 2012

setelah lama menyepi

Assalamualaikum...cik blog,sihat ker?
maaf yer cik blog...lama kita menyepi....rindu tak kat kita?huhuhuhuhuhuhu
sebenarnya kita selalu menjengah awak....
cuma untuk menaip dan berbicara di sini..
tangan seolah-olah 'bisu'...minda seakan-akan 'beku'...
namun hari ini kebisuan dan kebekuan itu dibongkar..
walau tiada apa yang ingin diluahkan....





Monday, February 27, 2012

Pertemuan bukan milik kita

assaassalamualaikum...
lagu ini buat kalian yg amat dirindui...masih ingatkah lagi dengan lagu ini...





Sunday, February 26, 2012

Catatan rindu buat kalian

Assalamualaikum...cik blog sihat ker
maaf yer,dah lama tak membebel di sini
malam tadi baru pulang dr PD
ikutkan hati yang tak stabil nie,mmg taknak pergi
tapi sebab dah janji ngan makcik yus..
dan menemankan k.jijah,terpaksa juga mengagahkan hati dan jiwa
walaupun dalam perjalanan...baru tahu makcik yus tak boleh datang
terpaksa juga mengagahkan hati dan jiwa
setibanya di terminal 1,disambut oleh kak chik
subhanallah...manisnya ukhuwah itu..
setelah bertahun2 lamanya tak jumpa dengan k.chik...
terubat sungguh rindu...sempat kami mencuci mata di pantai PD
tiba di tempat kejadian,adik2 sedang berdiskusi...
hendak melangkah ke dalam bilik itu..
terasa sungguh berat..pelbagai persoalan di dalam jiwa
akukah di sini? layakkah aku untuk terus berada di sini..
selepas solat isyak dan maghrib kami turun ke dewan..
adik2 sedang membincangkan kkd,
kami hanya duduk bersama2 adik ekonomi
itupun sebab norb ada kat situ...
namun....tiada satu suara pun yang keluar dr bibir kami
sekadar menjadi pendengar yang setia..
sempat bermesej dgn makcik yus..
maaf yer yus...badan kami saja di situ...
hakikatnya hati ingin pulang
bukan kami yg sepatutnya di sini..
kalian yang lebih layak....
tepat jam 12 tgh malam,adik2 masih bediskusi
kami hanya menggunakan alasan,ajak norb balik sbb anak2 dia mengantuk
kami pulang ke rumah tamu,adik norb teruskan perjuangan...
malam itu kami tidur bertemankan airmata...
segala kenangan indah bersama sahabat2 menusuk hati...
kita pernah bersama di bumi sintok itu...
kita pernah berkumpul demi mengejar cita
keesokan pagi...kuliah subuh,kami ponteng..
bertafakur di kaki sejadah...mengumpul sebuah kekuatan
pagi itu di dewan dimulakan dengan pembentangan kkd tarbiyah
kami masih di situ...menjadi pendengar yang setia..
namun kenangan2 indah bersama dengan kalian menghimpit jiwa
sahabat2, masih ingat lagikah kalian kenangan indah di msb
sahabat2, masih ingat lagikah kalian kenangan indah di bukit lada
sahabat2,kita pernah bersama-sama..
mengukir sebuah impian dan harapan di sana...
kita pernah mandi betemankan berudu...
kita pernah menggosok gigi dengan air parit
kita pernah solat dhuha beralaskan tanah
kita pernah bersengkang mata dalam perjuangan ini
malah terlalu banyak airmata yang pernah mengalir sepanjang kita di sana
perjalanan dari aseania ke misc,perwaja sudah menjadi rutin
kita pernah berjuang di sana....
namun sahabat2ku...perjuanganku sudah terhenti 
sejak kaki ini melangkah keluar dr bumi tarbiyah itu
sudah terlalu lama...kalian masih berjuang...
namun diri ini langkahnya telah terhenti...
airmata menemani diri ini sepanjang catatan ini ditulis...
kita doakan adik2 akan terus berjuang di sana..
doakan sahabat kalian ini diberikan kekuatan untuk mengharungi 
kehidupan ini dgn penuh keimanan..
dan diri ini akan tetap mendoakan kebahagiaan kalian....



Sunday, February 19, 2012

tiada kata

Assalamualaikum...
tiada kata hanya berkongsi rasa..

Saturday, January 28, 2012

Jangan bersedih

Assalamualaikum,cik blog
kebelakangan ni..emosi tidak stabil..
mungkin banyak perkara yang difikirkan atau
mungkin terlalu berat apa yang ditanggung...
sebelum menaip...banyak yang ingin diluah rasa..
namun..seketika berfikir..mungkin
lebih baik semuanya disimpan dalam hati sahaja...
acapkali pesan pada hati...jangan rungsing..
seringkali berpesan pada airmata...jangan mengalir...
namun...hakikatnya aku hanyalah seorang insan yang lemah..
menangis bukan bererti lemah kan....
hanya untuk melupakan segala kesedihan..
moga airmata yang mengalir itu membawa pergi segala kesedihan....




Tuesday, January 17, 2012

Sekian kali

Assalamualaikum..catatan pertama untuk tahun 2012
mungkin lantaran kesibukan ataupun ketiadaan idea..
walaupun sebenarnya hampir seminggu sekali juga membuka blog dan membaca blog sahabat2...
namun untuk membuka kata daripada diri..agak kekeringan idea.
mungkin apabila tenaga dikerah untuk mendidik anak murid
dan membanting tulang di koperasi..
maka untuk menghabiskan idea di sini agak terhad..
maaf yer cik blog...banyak sekali yang ingin diluah dan dikongsi..
namun semuanya tersimpan rapi di 'draft'
sepertimana segala apa yang tersimpan di dalam hati...
apabila hati mula memberontak dan ingin lari dari kehidupan biasa...
maka jiwa dan fikiran tidak mampu untuk terus berpijak nyata di sini..
benar,jasad di sini..namun,hakikatnya diri ini ingin pergi jauh...
penatnya...penat sangat2...penat kerana terus menjadi lilin...
menjadi lampu suluh,penat menjadi seorang yang bernama fatimah.
maka sesungguhnya apabila segala rasa ini berkecamuk...
nyatanya kerana Allah mengajak diri ini untuk koreksi diri...
jangan pernah kecewa dan jangan terus mengalah..
bukankah janji-Nya...Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupan dirinya..
dan kerana kesanggupan itulah..kita akan terus diuji.....