Wednesday, December 29, 2010

Coretan penghujung 2010 (2)

Assalamualaikum..
akhirnya mampu juga mencatat di sini
maaf yer cik blog,2-3 hari ni mmg busy bangat
maklum la sejak hari isnin dh mula menjual buku di koperasi...
penat bangat,bangat...tapi nasib baik hari selasa nisah  dh mula menolong di koop
jadi sempat la aku dan miza gie meeting
tapi drpd gie meeting aku lebih rela 'membanting tulang' di koop

mesti cik blog teringin nak tengok gambar koop kite kan..
hehehhehee..x sempat nk upload gambar..
esok sya masukkan gambar koop sya yang serba indah tu..
hahahahahaha..indah la sangat....

ok la cik blog,nak gie menyambung membuat kiraan koop...
kalu x buat malam nie...esok pagi dok serabut...
nnti esok kalu larat sya tulis yer..
cik blog jaga diri tau...
jangan rindu kat sya tau....huhuhuhuhuhu

Sunday, December 26, 2010

Coretan penghujung 2010 (1)

Assalamualaikum...
Esok dh mula bekerja...huhuhuhuhuhu
setelah hampir sebulan bercuti dari kesibukan,
maka esok kembali kepada kesibukan yg biasa
moga Allah permudahkan segala urusan esok dan hari2 seterusnya

lagi beberapa hari tahun 2010 bakal ditinggalkan...
tahun terakhir dengan usia 20-an dan tahun depan bakal melangkah ke angka yang lebih besar..
begitu cepat putaran masa dalam kehidupan....

banyak perkara yang berlaku pada tahun ini
suka,duka,ketawa,menangis...tahun yang penuh dengan ujian
sebenarnya nak cakap dengan cik blog...saya dah tinggalkan semua harapan
kerana saya taknak terjatuh dalam harapan...
semuanya saya cuba luputkan dalam ingatan
benar,cik blog...mengejar cinta manusia hanya akan membuatkan kita kecewa
benar,cik blog...saya dah tekad...
takpelah biarlah begini jalan hidup yang ditempuh
saya cuba redha dan pasrah atas segala ujian dari-Nya

dikrai,maafkan akak eh...
kelmarin awk ada kol...tapi akak tak angkat,x mampu nak bersuara
akak tengah tenggelam dalam kesedihan...
buat kesekian kalinya akk cuba mencari diri akak kembali...
maafkan akak sebab tak boleh menjadi pendengar setia utk awak..
maafkan akak sebab tak berkongsi cerita dengan awak...
maafkan akak yer,dikrai....

cik blog...moga ini jadi catatan terakhir yang berbaur kesedihan...
saya nak lupakan segala kesedihan dan kembali ke bumi yang nyata
saya hanya ingin teruskan sisa2 kehidupan ini dengan apa yang ada...
hanya ingin meneruskan kehidupan ini untuk terus mengejar cinta ILahi dan terus menjadi hamba-Nya yang terus melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya....

buat insan2 yang pernah hadir dalam hati ini
terima kasih,tak pernah sekali pun kalian melukakan hati ini
hanya diri ini yang terlalu asyik dalam rasa sendiri
hanyut dengan rasa yang tak pasti...
hakikatnya,biarlah...biarlah Allah yang menentukan segala2nya

biarlah hidup ini sepi tanpa cinta manusia
namun jangan sepi dari cinta ILlahi
biarlah hidup ini menangis kerana meratap kasih ILahi
namun jangan tangisi kasih manusia yang tak pasti

buat diri...buat insan yang menaip kata2 sepi ini....
jangan kecewa...jangan menangis...jangan menangis
dan janganlah bersedih kerana dunia ini terlalu hina untuk ditangisi
Allah ada...Dia Maha Mendengar rintihan hamba-Nya
hayati kata2 di bawah,moga dikau lebih tabah mengharungi hidup ini..

Bila engkau memandang,
Segala yang berlaku adalah dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan segala sakit hatimu,
Yang menyebabkan segala keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan-nyusahkan hidupmu..
Kerana…..
Masakan Allah sengaja mengadakan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…
Bukan Allah tidak tahu derita hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu….
Kerana…
Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak,
Dan mudah lebih dekat dan akrab dengan-Nya…

Saturday, December 25, 2010

buat cik blog

cik blog...hajat di hati mmg tadi nk online nk citer ngan cik blog apa aktiviti hari ni
tapi tetiba hari ni,ada sesuatu yg mbuatkan jiwa kacau..
cik blog...kalau cik blog ada bahu...saya nk pinjam...
nak nangis kat bahu cik blog puas2...
sampai hati org tu buat kita mcm nie..
sampai hati sgt...kejam sgt cik blog...





Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah...tahniah...

Hari ni result PMR keluar...huhuhuhu,berdebar2 jugak kan
cik blog,walaupun bukan sya yg ambil exam...tp sya yg mgajar budak2 tu
hari ni bawa nisah sekali...hahahahhaa,aku dah janji nak bagi gaji sekali
yelah,keje kat koop ni mmg la lepak..dah ckp ngn dia sejam=RM3
bola la tu kan...bila result dah sampai masuk bilik gerakan
betul..confirm,46 orang dapat A utk bm
huhuhuhu,sedih + terharu,thn lepas cuma 18 org jer..
syukur alhamdulillah,belek2 markah student,tgok Haziq pun dapat A utk bm
tak sangka...alhamdulillah,syukur atas segala nikmat dan kurnian-Nya

aku sibuk tgok markah bm jer...subjek2 lain malas nak layan
nnti bila dah naik sekolah,banyak kalilah diorang nak buat post mortem
sampai termuntah2 nanti...
jadi lepas mjaja muka kat bilik gerakan..
meneruskan kembali perjuangan di dalam koperasi...

aduiii,pening kepala tengok barang banyak2 macam nie..
(sabo timah....sabo yer...banyakkan bersabar.....)
cik blog,boleh tak tahun depan saya disingkirkan dari koop tu
huhuhuhuhuhu,tak larat sungguh.....
okaylah cik blog...tangan pun dah letih nie..mata pun mgantuk
moga kita bertemu kembali yer cik blog..pada sesi luahan rasa yg seterusnya...

Tuesday, December 21, 2010

Coretan pagi....

Assalamualaikum...
cuti sekolah tahun nie rasa macam sekejap sangat2...
boleh tak kalau nak sambung cuti lagi...heheheheheheehe
sepanjang cuti nie pun rasa ada lebih 3 kali kena gie sekolah...
yela mengemas atas meja kat bilik guru yang tak berapa macam meja tu
dan menyusun nota2 ekonomi asas yang berlambak2 tu..
alhamdulillah nota2 ea dh siap kemas...cuma nota2 b.melayu tak sempat kemas lagi...
nanti masa 23hb nie datang kejap la...terlanjur boleh kepoh2 tengok result pmr...
(wah...aku pulak yang over....) 
tapi at least nak tahu  jugak bape peratus..meningkat ke menurun...
dah hujung2 cuti ni banyak dok kat rumah jer la..
kejap2 ada kat Dc,kejap2 kat bbu...
walaupun aku rasa banyak masa mmg di Dc
mesti cik blog pelik kan,bila cuti sekolah rajin pulak saya menulis..
hehehehehehehe...abis tu cuti sekolah...xboleh mbebel kat sesiapa...
membebel kat cik blog jer la...(takpe kan....)
nanti bile saya dah mula keje...mesti cik blog rindu kat saya 'kan...
nnti nak update sebulan sekali pun susah tau...
tapi,tahun depan nak rajin sikit menulis kat sini...
(ini dah kira salah satu azam 2011)
azam2 yang lain nnti yer saya bagitahu cik blog...
belum habis fikir lagi....
hari ni aktiviti nak tepon semua pembekal2
nak confirmkan betul tak tarikh2 penghantaran barang kat koperasi
mana la tahu tetiba ada yang sengal gie tukar tarikh...
huhuhuhuhu...haru,nak jual apa kat koperasi...
okaylah cik blog nak mengundur diri dulu...
hari nie line internet lembab gile sebab en celcom dah hantar msg,
Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ
Peh membara jer rasa hati....boleh tak cik blog cakap ngan en. celcom...
suka hati la orang nak lebih bape pun...kepoh tul kan en celcom tu....
Ini pun dari tadi nak buka cafeworld tak lepas...dah sejam lebih tu,rasa macam nk telefon jer en celcom membebel kat dia...huhuhuhuhu
takpe...tahun depan saya taknak guna lagi en celcom...
nak cari encik2 lain yang lebih baik hati....
moga hari ini lebih baik dari semalam...moga segala impian yang tidak terlaksana pada tahun ini akan tercapai pada tahun hadapan...buat peringatan bersama...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah 
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . 
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Sunday, December 19, 2010

Duhai mata

duhai mata..tidur la..
esok kan masih ada...
(jika diizinkan oleh-Nya)
duhai hati,janganlah bersedih..
jangan bersedih dan jangan menangis...
mengapa begitu mudah airmata ini mengalir,,,
moga2 hari esok lebih baik dari hari ini....
terlalu banyak rasa yang tersimpan...
moga lebih baik rasa menjadi rahsia sahaja...

Saturday, December 18, 2010

Lagu kegemaran 1

Tak tahulah kenapa suka dengar lagu ni..
hari ni rasa lebih 10x kali dengar
tapi tak bosan2...
jangan buat spekulasi eh...
lagu nie xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang pengsan...
cuma dengar lagu ni,rasa macam terharu jer...
apa2 pun...layan jer la...

Jalan2 jom makan

Assalamualaikum...cik blog,rindu tak kat saya?
Huhuhuhu..kalau cik blog x rindu...sampai hati cik blog...
Semalam berakhirlah kelas tambahan yang aku buat untuk anak k.sherina dan kawan dia
Makcik2 kat sekolah pun hairan,rajin betul aku gie sekolah.....
Nak buat camner,aku dan sekolah memang tidak dapat dipisahkan...
Hahahahahhaa...iyo sangat la tu...
Petang aku dan Nisah naik bas menuju ke Larkin...
Udda sampai jer aku ajak diorang makan kat Plaza Larkin...
dari malam tadi dah cakap ngan diorang teringin benar nak makan Kacang Pool..(betul ke ejaan..)
maaf yer tak sempat nak upload gambar,sebab dah selamat semua dimakan..
hehehhehehehhehe......
kemudian destinasi diteruskan ke hutan bandar...
ini atas permintaan udda sejak malam tadi yang teringin benar nak makan chicken chop...
walaupun hujan tapi masih tidak menghalang niat murni kami untuk menambahkan 
berat di badan ini...hehhehehehe
dan setelah menunggu hampir 20 minit inilah menu yang diorder....
Menu untuk saya,Fish and Chips(RM5)

Ini pulak makanan yang diorder oleh Nisa dan Udda,Lamb Chop(RM 10) dan atas permintaan mereka jari jemari pun nak masuk gambar jugak...

Dan itulah gambar pemilik jari jemari.
Alhamdulillah,setelah menjamu selera tepat pada pukul 7.30 pm,dengan segeranya menuju ke Petronas untuk menunaikan solat Maghrib. Lepas jer solat terus menuju ke Bazar Jb atau dikenali juga sebagai Pasar Karat atau Bazar Karat. Entahlah kenapa digelar pasar karat mungkin sebab kat situ banyak dijual barang2 2ndhand...
Item pertama yang kami belilah ialah sandal rumah yang berharga RM10...aku beli sebab sandal tu terlalu cute...hehehehheeh. 
Udda dok aim nak cari sandal semata-mata nak gie kursus kawin esok. Sebab kitaorang gie awal sangat,banyak jugak kedai yang baru dibuka. Kemudian jalan2 terjumpa kedai yang abe2 jual anak patung comel2...kat situ jer dah berabis RM22, untuk membeli anak2 patung yang kecil dan comel2.. kemudian menuju ke lorong seterusnya,terus aku ternampak handbag yang comel...hehehehehe, setelah menawar sehingga RM20,akhirnya beg itu mengikut kami balik. 
Aku terus cakap ngan Nisah n Udda, kenapa dengan kita nie...selalu xdela membeli macam nie. Mungkin sebab Virus membeli tu dah mula melanda. Kemudian langkah diteruskan ke kedai seterusnya,jumpa jugak kedai yang menjual sandal yang cantik2...harga pun boleh tahan...
Nisah ngan Udda dengan ganasnya membeli kasut untuk diri masing2.
Kemudian aku pun mengajak adinda2 pulang,
tak boleh lama2 kat sini,nanti kang virus membeli terus melanda. 
Maaf yer cik blog,tak sempat nak upload gambar2 tu...nanti kite tunjuk kat cik blog,
item2 yang telah kami beli.....

Monday, December 13, 2010

Krisis jiwa

Assalamualaikum cik blog....
Maaf ya,terasa lama pulak tak mencatat kat sini...bukan apa,seperti kekurangan idea untuk berbicara.
Sepatutnya hari ini,aku dah ada kat seremban berjumpa dengan dikrai...tapi sebab2 masalah jiwa @ krisis jiwa,telefon daripada dia aku tak angkat...sms drpd dia pun aku tak balas...kesian nyer dikrai....(dikrai,maafkan akak eh....)
Punca atau sebab musababnya aku pun tak pasti...bukan dikrai sahaja yang menjadi mangsa. Minggu lepas ida kol 3 kali,aku tak jawab. Dayah kol....pun aku tak angkat. Miss you,kol...lagi la aku tak angkat. Huhuhuhuhu...krisis jiwa betul. Bukan benci..tak ada sekelumit pun rasa benci....mungkin cuba mencari kekuatan diri @ mencari diri yang hilang.....hilang entah ke mana pun tak tahu...Ditambah dengan rasa ketidakpastian yang mencengkam minda dan jiwa....
Benar,setiap kali apabila berhadapan dengan masalah...kita perlu mengadu pada-Nya... setiap kali berhadapan dengan kekecewaan,kita tidak perlu bersedih...hanya kerana keinginan dunia yang tidak tercapai...mengapa perlu aku bersedih.....?????
Kalau ikutkan rasa hati ni,rasa macam nak lari jer....lari...lari...lari...lari...sampai penat....lari jauh dari sini... Atau mungkin buat pembedahan plastik...kemudian pergi ke satu tempat dan mulakan kehidupan yang baru. Setidaknya pun,berhenti keje sekarang,cari keje kat tempat @ negeri lain. Mulakan hidup yang baru....  (Mula dah aku ni merapu....) terkadang sebelum tidur,pasti airmata akan mengalir,mengenang kembali jalan kehidupan yang telah ditinggalkan dan mengenangkan apakah nasib hidupku ini pada masa akan datang.
Hakikatnya kehidupan tidak seindah yang kita dambakan. Aku cuba pujuk hati,pujuk diri dan merasionalkan diri. Kehidupan yang sementara ini membuatkan aku perlu berfikir dengan lebih matang. Perlu tabahkan hati dan kuatkan kaki untuk terus melangkah dalam mencari redha-Nya. Memang diri ini akan selalu terjatuh, namun aku perlu bangkit supaya apabila tibanya hari itu,hari di mana aku bertemu dengan-Nya,bukan beban dosa yang aku pikul...tetapi hati yang penuh sarat dengan cinta Ilahi. Ya Allah...ampunilah hamba-Mu ini. Jauhkan aku diri keasyikan dunia yang hanya membuatkan aku lupa pada-Mu...jangan biarkan airmata ini menangisi dunia dan jadikan airmata ini mengalir hanya kerana mengingati Mu....
buat diri...jangan terus dalam kesedihan...jangan terus bersedih..jangan bersedih....
Pergantungan kepada manusia akan membuatkan kita kecewa....itu pasti.
Mengenangkan kisah yang lalu,terkadang menghimpit dan menyesakkan jiwa...itu benar.
Namun janji Allah itu benar dan pasti bahawasanya,
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah hanya dengan "zikrullah" (yakni berzikir mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Ra’d)

Tuesday, December 7, 2010

SeDiH.....:(

Cik blog...sedihnya hati ni..tapi tak tahu nak citer macamana dengan cik blog...cik blog...tiada siapa nak kesat airmata kita..kita nangis sorang2..tapi kita nak bagi cik blog,tengok video nie...best,kalau la hidup kita macam kartun tu....

Salam 1 Muharam

Assalamualaikum...
Selamat menyambut maal hijrah,1 Muharam 1432 Hijriah...alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengharungi kehidupan hari ini...Ya Allah,nikmat-Mu tidak terhingga,tidak mungkin dapat aku menghitung segala nikmat yang telah Engkau berikan..Ya Allah,ampunilah aku...ampunilah aku hamba-Mu yang sering alpa dan lalai dalam penghambaan ini....
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)
Mengharungi sisa2 hari ini,tanpa menoleh ke belakang...hidayah yang Allah berikan ini tidak mungkin dipersia-siakan..kehidupan di uum telah lama ditinggalkan dan hakikatnya diri ini di bumi yang nyata...segala kenangan di sana akan sentiasa di dalam ingatan. Segala sahabat2 yang ditemui di sepanjang jalan kenangan itu telah jauh ditinggalkan. Dan sepanjang kehidupan ini seolah-olah terlalu payah dan sukar...airmata terkadang menjadi peneman sepi dan hanya ketaqwaan kepada-Nya yang menjadi penguat untuk mengharungi kehidupan ini...dan tidak mungkin sekali-kali menyia-yiakan peluang yang telah diberikan....
Firman Allah SWT :
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Ankabuut [29]: 69).
 Buat diri,selamat menyambut Maal hijrah,moga akan sentiasa teguh dalam perjalanan menuju Allah, moga sentiasa sabar mengharungi kehidupan ini....Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi di dalam hati ini...hilangkan segala kesedihan kerana meratapi nikmat dunia yang tidak dikecapi,jauhkan aku dari bisikan nafsu dan godaan syaitan yang mengajak aku ke arah jalan tidak Engkau redhai...
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (Al-Mu’min, 40: 60)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah, 2: 186)



Monday, December 6, 2010

awal muharam...jom baca doa

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:
Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

sumber: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

Thursday, December 2, 2010

Petang syahdu 2

Assalamualaikum,kerana petang ini hujan maka tajuk inilah yang paling sesuai untuk petang ini. Sebenarnya sedang dalam ketiadaan mood untuk menulis.......tapi cik blog,awak boleh layan lagu ni yer...
Hadapi dengan senyuman dari Dewa 19

Wednesday, December 1, 2010

Selamat hari lahir mama

Assalamualaikum
Jarang sekali membuat catatan tentang keluarga,cik blog pun tak kenal keluarga saya kan?. baiklah saya perkenalkan...itulah keluarga saya ---->
Anak ketiga dari 7 beradik,mempunyai seorang kakak,abang,3 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Abang yang telah  berkahwin,alhamdulillah mempunyai seorang kakak ipar yang best (yang aku x bisa memanggilnya 'kak ina'...takpelah Ina 'kan?)
Gambar terakhir bersama dengan atuk tersayang di pagi raya 2010
Malam tadi menyambut hari lahir mama yang ke-51,amat jarang sebenarnya kami menyambut apa2 perayaan semenjak semua dah besar panjang ini. Mesej dari akak,"hari ni birthday mama kan?"...patutlah bila tengok handset,tarikh 30.11.10 macam ada maknanya...pandai jer 'makcik' tu ingatkan aku,mentang2 dia tak ada kat sini...suh aku la buat apa2 yang patut.

Nasib baik aku dan cik nurul memang nak menghabiskan petang di angsana (kedai runcit familiku). Maka setelah solat zuhor bermulalah perjalanan kami,berjalan kaki ke angsana...sampai jer sana terus makan...kemudian cik nurul pergi memotong rambut dan aku menghabiskan masa mengukur di sana. Mata melilau ke kedai handset,huhuhuhu...cantiknya Nokia C6 tu. Budget memanglah ada,kedai tu dah bagi aku RM880, cantik dah harganya....tapi memandangkan aku ni kedekut + bahkil, ada aku kisah...serabutlah handset mahal2 nie buat pening kepala jer.  Akhirnya aku membeli handset biasa jer,yang berharga RM300. (Selamat duit aku lagi RM580 tu) Takpelah belum ada rezeki lagi,kalau dapat boifren kaya takpun dapat duit durian runtuh ke,pasti akan kubeli nokia c6 itu atau mana handset yang seangkatan dengannya.
Setelah membeli kek dan ayam2 yang bakal aku jadikan ayam goreng kfc,kitaorang pun pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Memandangkan hari pun tengah hujan terpaksalah naik teksi,tapi bagus teksi tu ikut meter,RM 3.90 dari Angsana ke rumah aku. (Walaupun kalau jalan kaki cuma mengambil masa 6-7 minit jer)
Setelah solat Asar aku pun membalut ayam itu menjadi ayam kfc,tak tahulah sedap ke tidak. Layan jer la...
Dalam kol 9.30pm semua orang dah ada,majlis pun dimulakan,pizza hut pun ada tau...dah mama yang nak, terpaksalah anaknya nie membelikan,delivery lagi...huhuhuhuhu (melayang rm50).takper demi besday mama.
semua ada,yang paling lambat si Nd ngn din (anak bujang kesayangan mama). selalu lambat budak2 nie, gie mana entah...alhamdulillah,dapat berkumpul beramai-ramai...akak jer yang takde..(jenuh gak nak cover,bila bapak tanya akak mana....)
Mama,selamat hari lahir..semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi dan semoga mama sentiasa di dalam redha-NYa...
"Ya Allah,bahagikan mamaku,ibuku...buatkan mama tersenyum sehingga ke syurga-Mu,Kau limpahkan rahmat-Mu kepada kedua ibu bapaku...kasihanilah mereka sepertimana mereka pernah mengasihaniku ketika aku masih kecil dulu. Ya Allah hidupkan aku dan keluargaku dalam iman,matikan kami dalam iman,KAu limpahkan rahmat-Mu dan berikan taufik dan hidayah-Mu kepada ahli keluargaku...amiiinnn"