Tuesday, December 21, 2010

Coretan pagi....

Assalamualaikum...
cuti sekolah tahun nie rasa macam sekejap sangat2...
boleh tak kalau nak sambung cuti lagi...heheheheheheehe
sepanjang cuti nie pun rasa ada lebih 3 kali kena gie sekolah...
yela mengemas atas meja kat bilik guru yang tak berapa macam meja tu
dan menyusun nota2 ekonomi asas yang berlambak2 tu..
alhamdulillah nota2 ea dh siap kemas...cuma nota2 b.melayu tak sempat kemas lagi...
nanti masa 23hb nie datang kejap la...terlanjur boleh kepoh2 tengok result pmr...
(wah...aku pulak yang over....) 
tapi at least nak tahu  jugak bape peratus..meningkat ke menurun...
dah hujung2 cuti ni banyak dok kat rumah jer la..
kejap2 ada kat Dc,kejap2 kat bbu...
walaupun aku rasa banyak masa mmg di Dc
mesti cik blog pelik kan,bila cuti sekolah rajin pulak saya menulis..
hehehehehehehe...abis tu cuti sekolah...xboleh mbebel kat sesiapa...
membebel kat cik blog jer la...(takpe kan....)
nanti bile saya dah mula keje...mesti cik blog rindu kat saya 'kan...
nnti nak update sebulan sekali pun susah tau...
tapi,tahun depan nak rajin sikit menulis kat sini...
(ini dah kira salah satu azam 2011)
azam2 yang lain nnti yer saya bagitahu cik blog...
belum habis fikir lagi....
hari ni aktiviti nak tepon semua pembekal2
nak confirmkan betul tak tarikh2 penghantaran barang kat koperasi
mana la tahu tetiba ada yang sengal gie tukar tarikh...
huhuhuhuhu...haru,nak jual apa kat koperasi...
okaylah cik blog nak mengundur diri dulu...
hari nie line internet lembab gile sebab en celcom dah hantar msg,
Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ
Peh membara jer rasa hati....boleh tak cik blog cakap ngan en. celcom...
suka hati la orang nak lebih bape pun...kepoh tul kan en celcom tu....
Ini pun dari tadi nak buka cafeworld tak lepas...dah sejam lebih tu,rasa macam nk telefon jer en celcom membebel kat dia...huhuhuhuhu
takpe...tahun depan saya taknak guna lagi en celcom...
nak cari encik2 lain yang lebih baik hati....
moga hari ini lebih baik dari semalam...moga segala impian yang tidak terlaksana pada tahun ini akan tercapai pada tahun hadapan...buat peringatan bersama...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah 
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . 
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

1 comment:

cik xxx said...

w'salam,
nice blog though.. keep it up..
follow me as reader dun follow me as person k..
be as bee :)