Sunday, December 26, 2010

Coretan penghujung 2010 (1)

Assalamualaikum...
Esok dh mula bekerja...huhuhuhuhuhu
setelah hampir sebulan bercuti dari kesibukan,
maka esok kembali kepada kesibukan yg biasa
moga Allah permudahkan segala urusan esok dan hari2 seterusnya

lagi beberapa hari tahun 2010 bakal ditinggalkan...
tahun terakhir dengan usia 20-an dan tahun depan bakal melangkah ke angka yang lebih besar..
begitu cepat putaran masa dalam kehidupan....

banyak perkara yang berlaku pada tahun ini
suka,duka,ketawa,menangis...tahun yang penuh dengan ujian
sebenarnya nak cakap dengan cik blog...saya dah tinggalkan semua harapan
kerana saya taknak terjatuh dalam harapan...
semuanya saya cuba luputkan dalam ingatan
benar,cik blog...mengejar cinta manusia hanya akan membuatkan kita kecewa
benar,cik blog...saya dah tekad...
takpelah biarlah begini jalan hidup yang ditempuh
saya cuba redha dan pasrah atas segala ujian dari-Nya

dikrai,maafkan akak eh...
kelmarin awk ada kol...tapi akak tak angkat,x mampu nak bersuara
akak tengah tenggelam dalam kesedihan...
buat kesekian kalinya akk cuba mencari diri akak kembali...
maafkan akak sebab tak boleh menjadi pendengar setia utk awak..
maafkan akak sebab tak berkongsi cerita dengan awak...
maafkan akak yer,dikrai....

cik blog...moga ini jadi catatan terakhir yang berbaur kesedihan...
saya nak lupakan segala kesedihan dan kembali ke bumi yang nyata
saya hanya ingin teruskan sisa2 kehidupan ini dengan apa yang ada...
hanya ingin meneruskan kehidupan ini untuk terus mengejar cinta ILahi dan terus menjadi hamba-Nya yang terus melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya....

buat insan2 yang pernah hadir dalam hati ini
terima kasih,tak pernah sekali pun kalian melukakan hati ini
hanya diri ini yang terlalu asyik dalam rasa sendiri
hanyut dengan rasa yang tak pasti...
hakikatnya,biarlah...biarlah Allah yang menentukan segala2nya

biarlah hidup ini sepi tanpa cinta manusia
namun jangan sepi dari cinta ILlahi
biarlah hidup ini menangis kerana meratap kasih ILahi
namun jangan tangisi kasih manusia yang tak pasti

buat diri...buat insan yang menaip kata2 sepi ini....
jangan kecewa...jangan menangis...jangan menangis
dan janganlah bersedih kerana dunia ini terlalu hina untuk ditangisi
Allah ada...Dia Maha Mendengar rintihan hamba-Nya
hayati kata2 di bawah,moga dikau lebih tabah mengharungi hidup ini..

Bila engkau memandang,
Segala yang berlaku adalah dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan segala sakit hatimu,
Yang menyebabkan segala keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan-nyusahkan hidupmu..
Kerana…..
Masakan Allah sengaja mengadakan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…
Bukan Allah tidak tahu derita hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu….
Kerana…
Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak,
Dan mudah lebih dekat dan akrab dengan-Nya…

No comments: