Saturday, January 28, 2012

Jangan bersedih

Assalamualaikum,cik blog
kebelakangan ni..emosi tidak stabil..
mungkin banyak perkara yang difikirkan atau
mungkin terlalu berat apa yang ditanggung...
sebelum menaip...banyak yang ingin diluah rasa..
namun..seketika berfikir..mungkin
lebih baik semuanya disimpan dalam hati sahaja...
acapkali pesan pada hati...jangan rungsing..
seringkali berpesan pada airmata...jangan mengalir...
namun...hakikatnya aku hanyalah seorang insan yang lemah..
menangis bukan bererti lemah kan....
hanya untuk melupakan segala kesedihan..
moga airmata yang mengalir itu membawa pergi segala kesedihan....




Tuesday, January 17, 2012

Sekian kali

Assalamualaikum..catatan pertama untuk tahun 2012
mungkin lantaran kesibukan ataupun ketiadaan idea..
walaupun sebenarnya hampir seminggu sekali juga membuka blog dan membaca blog sahabat2...
namun untuk membuka kata daripada diri..agak kekeringan idea.
mungkin apabila tenaga dikerah untuk mendidik anak murid
dan membanting tulang di koperasi..
maka untuk menghabiskan idea di sini agak terhad..
maaf yer cik blog...banyak sekali yang ingin diluah dan dikongsi..
namun semuanya tersimpan rapi di 'draft'
sepertimana segala apa yang tersimpan di dalam hati...
apabila hati mula memberontak dan ingin lari dari kehidupan biasa...
maka jiwa dan fikiran tidak mampu untuk terus berpijak nyata di sini..
benar,jasad di sini..namun,hakikatnya diri ini ingin pergi jauh...
penatnya...penat sangat2...penat kerana terus menjadi lilin...
menjadi lampu suluh,penat menjadi seorang yang bernama fatimah.
maka sesungguhnya apabila segala rasa ini berkecamuk...
nyatanya kerana Allah mengajak diri ini untuk koreksi diri...
jangan pernah kecewa dan jangan terus mengalah..
bukankah janji-Nya...Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupan dirinya..
dan kerana kesanggupan itulah..kita akan terus diuji.....