Sunday, March 28, 2010

masihkah ada peluang...


Assalamualaikum...rasa lama pulak x menulis...biasa la dok bekebun kat farmville tu..smpai berjam2..bile nak menulis kat sini...(maaf yer cik blog,kesian awk..sya x jenguk awk...)
sebenarnya banyak perkara yang difikirkan dalam kepala nie,tapi biasalah ape yang difikirkan tak mampu nak diluahkan..pada shabat2 mahupun pada blog nie...maka tpaksa simpan dalam hati jer la...
walaupun sebenarnya...terasa sangat nak berkongsi segala rasa...tp sesungguhnya, hakikatnya...pengaduan yg terbaik adalah pada-Nya..Dia yg tak pernah hampakan permintaan hamba-Nya...Dia yang tak pernah sesekali meninggalkan hamba-Nya...
hari nie hari yang ketiga, dan aku masih tidak dapat memberikan jawapan...ada lagi 11 hari..
Ya Allah,aku tak tahu apa jawapan yg harus diberikan kepada dia..aku tak tahu nak buat keputusan...ikut rasa hati nak terima,tapi bila memikirkan siapalah diri ini..layakkah aku...maka terasa ingin mengundur diri daripada mencuba...Ya Allah...aku tak berputus asa...jauh sekali dr rasa itu...malah aku bersyukur dengan peluang dan kesempatan yang diberikan ini...biarpun aku nie insan yang penuh dosa,seringkali lalai dalam mengingati-Mu...namun Kau masih menunjukkan jalan untuk aku kembali...kalaulah apa yang aku rasa ini boleh dikongsi rasa...sekurang2nya beban rasa di dalam hati ini akan berkurangan...tapi pengaduan pada manusia...hnya akan menambahkan lagi keluh kesah...aku bimbang perkara itu akan terjadi...

maka biarlah aku di sini...memendam segala rasa,moga selepas hari yg ke-14...aku dapat memberikan sebuah jawapan...& moga jawapan yg diberikan itu mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa..Dia Yang Maha Mengetahui segala apa yg tersurat & tersirat di hati ini...Dia Yang Maha Mengetahui,apa yg terbaik utk hamba-Nya...

Thursday, March 18, 2010

Bicara seorang aku

salam...semoga hari yang aku lalui pada hari ini lebih baik dr semalam yg telah berlalu. Begitu cepat masa berlalu,cuti seminggu...tp rasa mcm 4 hari jer. Wah,lagi bbrp hari nk mula keje,tp keje blambak...semua keje tak siap lagi. Pendek kata...cuma yg berapa hari dh berlalu nie,mmg aku lepak sepuas-puasnya..bkn wat apa pn,dok umah ngn nisah...tgok tv,ngadap laptop. Itu je la yang aku buat,mbuang masa betul kan...tp suka..tak payah pikir pasal keje..
Panggilan drpd taq,sedikit sebanyak menganggu fikiran,jawapan drpd org tu pun aku x dapat lagi..ini kan pulak nak tunggu jawapan drpd org lain lak...sebelum apa2,aku tahu....aku perlu pasrah,redha dengan apa2 keputusan pun...aku kena kuat..memang aku tak bergantung harap pun....bukan tak sudi...tapi takut terjatuh dari gantungan......walau apa pun...hidup perlu diteruskan..walau apa pun ujian + dugaan,aku perlu tabah.... petikan kata2 daripada blog yang selalu aku baca :

Kadang-kadang, dalam hidup kita, akan sentiasa ada perasaan aneh yang datang mengetuk dan mengunjungi hati kita… Dan hati kita akan terpanah dengan kebaikan, keindahan, kesolehan dan keluhuran yang di miliki…
Tapi, jika itu bukan jodoh kita, lambat laun ia tetap akan pergi dan berlalu begitu sahaja…
Jika ketika ia bertandang sekadar seperti rama-rama yang terbang berehat seketika menghilangkan kepenatan dan kita menggengam perasaan itu dgn sepenuh hati kita, dengan penuh keyakinan melangkaui perbatasan iman, kadang kala ia mengundang duka dan keperitan yang cukup-cukup mendalam…

Semoga kita dapat meneruskan sesi-sesi doa, memperbanyak amalan-amalan soleh, sentiasa tawakkal dan redha dengan segala ujian serta kurniaan-Nya…… Yakinlah sahabat-sahabat tersayang, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia akan menghadiahkan kita sesuatu yang terbaik mengikut qadar dan masa yang sesuai untuk kita, provided that, kita berusaha menjauhkan diri dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang mampu kita jauhkan...

"Alkhabithatu lil khabithin…wal khabithuna lilkhabithat…"
Perempuan yang berakhlak buruk untuk lelaki yang berakhlak buruk, lelaki yang berakhlak buruk juga untuk perempuan yang berakhlak buruk…

"Atthayyibatu litthayyibin...wat tayyibuna littayyibatt..."
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…(an-Nur 26)


Termangu diri ini..sudah cukup solehahkah diri ini,untuk mencari seorang yang soleh...Ya Allah,ampunilah segala dosa hamba-Mu ini..

Tuesday, March 16, 2010

Masih belum siap...


salam..senarai tugas yg telah dilistkan masih belum selesai lagi...tapi tengok (aku masih sempat menulis di sini). Memang la banyak keje nak buat...tapi kalu hati malas nak buat...senarai hanya tinggal kenangan...kenapa malas sangat nie...

Banyak perkara yang berlegar2 di fikiran...tapi kalu dipikir2, makin berat lak kepala otak, tapi masalah yang melanda...tak boleh nak diluahkan...akhirnya diri sendiri yang menanggung... hati kuat yer,jgn mudah sedih....hati., tabah eh...jgn mudah menangis...
"orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar...tidak mudah kecewa dalam perjuangan....."

Monday, March 15, 2010

Lamanyer..

Assalamualaikum...wah mmg betul x menulis di sini..,mgkin kerana asyik b'f'book maka ruangan ini semakin dilupakan..kesiannye..awk..(blog yg semakin dilupakan)
minggu cuti sekolah ni banyak yang dipikirkan,banyak yg nak dibuat...
1. Siapkan kertas soalan
2. Tanda buku ringkasan
3. Kemas meja kt bilik guru
4. Kemas koperasi
5. Kemaskan kepala otak
Hehehehehehe..byk sebenarnya nk buat...semua pkara tu blegar2 dlm kepala otak,sama ada bjaya diselesaikan atau tak...kena usaha gigih. Manusia hanya merancang, tapi perancangan Allah mgatasi segalanya...tahun nie mmg tahun yg penuh dgn dugaan..Ya Allah kau terima segala ape yang berlaku...jadikan aku hamba-Mu yg redha...yayau sakit, yayau eksiden, keje yg belambak kat sekolah...banyak la...kalu lemah,kalu tak kuat iman...boleh putus asa...tapi setiap kali masalah datang btimpa2...aku cakap kat diri..."Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...' yang penting kena kuat semangat...jgn putus asa yer...chayo!!chayo!!!