Thursday, March 18, 2010

Bicara seorang aku

salam...semoga hari yang aku lalui pada hari ini lebih baik dr semalam yg telah berlalu. Begitu cepat masa berlalu,cuti seminggu...tp rasa mcm 4 hari jer. Wah,lagi bbrp hari nk mula keje,tp keje blambak...semua keje tak siap lagi. Pendek kata...cuma yg berapa hari dh berlalu nie,mmg aku lepak sepuas-puasnya..bkn wat apa pn,dok umah ngn nisah...tgok tv,ngadap laptop. Itu je la yang aku buat,mbuang masa betul kan...tp suka..tak payah pikir pasal keje..
Panggilan drpd taq,sedikit sebanyak menganggu fikiran,jawapan drpd org tu pun aku x dapat lagi..ini kan pulak nak tunggu jawapan drpd org lain lak...sebelum apa2,aku tahu....aku perlu pasrah,redha dengan apa2 keputusan pun...aku kena kuat..memang aku tak bergantung harap pun....bukan tak sudi...tapi takut terjatuh dari gantungan......walau apa pun...hidup perlu diteruskan..walau apa pun ujian + dugaan,aku perlu tabah.... petikan kata2 daripada blog yang selalu aku baca :

Kadang-kadang, dalam hidup kita, akan sentiasa ada perasaan aneh yang datang mengetuk dan mengunjungi hati kita… Dan hati kita akan terpanah dengan kebaikan, keindahan, kesolehan dan keluhuran yang di miliki…
Tapi, jika itu bukan jodoh kita, lambat laun ia tetap akan pergi dan berlalu begitu sahaja…
Jika ketika ia bertandang sekadar seperti rama-rama yang terbang berehat seketika menghilangkan kepenatan dan kita menggengam perasaan itu dgn sepenuh hati kita, dengan penuh keyakinan melangkaui perbatasan iman, kadang kala ia mengundang duka dan keperitan yang cukup-cukup mendalam…

Semoga kita dapat meneruskan sesi-sesi doa, memperbanyak amalan-amalan soleh, sentiasa tawakkal dan redha dengan segala ujian serta kurniaan-Nya…… Yakinlah sahabat-sahabat tersayang, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia akan menghadiahkan kita sesuatu yang terbaik mengikut qadar dan masa yang sesuai untuk kita, provided that, kita berusaha menjauhkan diri dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang mampu kita jauhkan...

"Alkhabithatu lil khabithin…wal khabithuna lilkhabithat…"
Perempuan yang berakhlak buruk untuk lelaki yang berakhlak buruk, lelaki yang berakhlak buruk juga untuk perempuan yang berakhlak buruk…

"Atthayyibatu litthayyibin...wat tayyibuna littayyibatt..."
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…(an-Nur 26)


Termangu diri ini..sudah cukup solehahkah diri ini,untuk mencari seorang yang soleh...Ya Allah,ampunilah segala dosa hamba-Mu ini..

2 comments:

mohad said...

selamat ber blog

Anonymous said...

semoga terus bsabar dgn segala ujian dr-Nya