Sunday, July 31, 2011

Salam ramadhan...

Assalamualaikum..salam ramadhan,
sayunya menyambut Ramadhan kali ini..
Ya Allah..berikan aku kekuatan & kesabaran untuk mengharungi bulan penuh barakah ini..
dan setiap kali ramadhan apabila mendengar lagu ini...
sayu sungguh rasa hati..

Sunday, July 24, 2011

Jom baca...

Sekadar perkongsian...diambil dari http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/07/kelebihan-puasa.html

Kelebihan Puasa

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 2, 2011

Setelah kesibukan itu

assalamualaikum...
cik blog sihat ker?
maaf la lama betul tak mencatat kat sini..
biasalah lepas jer naik dari cuti sekolah..
memang kesibukan yang maksima...
naik cuti sekolah sibuk key in markah student
pastu ada sambutan 10 tahun sekolah
minggu seterusnya sibuk dengan persiapan jualan hari kokurikulum
bayangkan terpaksa sediakan 1600 kupon,
dengan kudrat 2 org guru yang tak berapa gagah
siap jer kupon minggu seterusnya sibuk dengan sukan...
bayangkan 2 orang guru yang sama mengambil tempahan,
untuk makanan anak murid
memasak sebanyak 150 bungkus mihun goreng...
makkk ooooiiiii....macam tak percaya...
tapi alhamdulillah semua tugas yang diamanahkan 
dapat diselesaikan dengan jayanya
alhamdulillah...masih diberi kekuatan oleh-Nya
minggu ni sibuk dengan program panitia peringkat daerah pulak..
kemudian nak kena prepare mesyuarat agung tahunan utk koperasi..
kesibukan ini masih belum berakhir lagi...mampukah aku?
Ya Alllah...berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..
janganlah kesibukan dunia ini,membuatkan aku jauh dari-MU...