Thursday, June 17, 2010

Hanya Sebentar...



Salam...wah cepat betul masa berlalu. Hari ni dah hari Khamis,maka tinggallah lagi Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk aku menikmati cuti yang indah ini. Huhuhuhuhuhu...tapi yang pasti banyak lagi kerja yang tak mampu nak disiapkan..mana taknya,kalu dah tiap2 hari kerjanya membaca blog2 orang, mengadap laptop, baca novel dan tengok tv...(semua kerja2 yang tak berfaedah)....tapi aku suka...Membaca kadang2 membawa kita mengembara ke dalam dunia penulis,kadang2 dapat belajar dan menimba pengalaman baru...
Lepas ni kembali meneruskan pekerjaan, kembali dalam hiruk pikuk...hmmmmm,bosan memang bosan tapi kena tabahkan hati. Kena kuatkan jiwa. Kena kuatkan kaki untuk memanjat tangga menuju kelas. Kena kuatkan suara untuk berbicara...huhuhuhuhuhu...

Firman Allah:
"Dan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh mujahadah;untuk mencari keredhaan Kami,nescaya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami itu."
(Al-Ankabut:69)

Wednesday, June 16, 2010

Selamat melihat dunia sayangku....

Alhamdulillah...atas segala kurnia dan rahmat-Nya,sahabatku melahirkan anak pertamanya malam tadi tepat pukul 9.40pm,bayi yang seberat 3.5kg dan bakal menerima nama "Keisha Nur Amani"...Selamat melihat dunia sayangku, teringin sangat nak ke kelantan melihat dia,tapi belum ada kesempatan. Selama 9 bulan Keisha di dalam kandungan ibu,setiap hari mendengar anty berbicara dengan Keisha. Tadi buka facebook dapat tengok muka Keisha,rasa sebak sangat,sayu sangat,comelnya Keisha...itulah insan kecil yang sentiasa kami jaga di sini...si ibu terpaksa berjauhan dengan ayah kerana belum dapat bertukar lagi. Nanti lepas 2 bulan, cuti berpantang...terpaksalah Keisha berjauhan lagi dengan ayah. Moga hujung tahun ini dapat rezeki berpindah ke Terengganu,manalah tahu rezeki anak.
Kudoakan semoga sahabatku akan berbahagia dengan bayi yang comel itu,moga Keisha menjadi anak yang taat pada perintah agama & ibu bapa, moga menjadi anak yang solehah,moga berjaya di dunia dan di akhirat....
"Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat. Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk diatasi. Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa. Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa kita perlukan".


Tuesday, June 15, 2010

Jom baca...Diari: Perempuan yang saya suka

Sumber: http://ms.langitilahi.com/diari-perempuan-yang-saya-suka/

Ada orang tanya, apa ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kebelakangan ini, rajin pula ada orang bertanyakan soalan-soalan berikut:

“Kalau ada orang nak kahwin dengan awak, awak nak terima?”
“Kalau ada perempuan kata kat Hilal, dia suka Hilal, Hilal nak tak dia?”
“Kalau ada orang nak offer adik dia ke, anak dia ke, Hilal agak-agak, nak tak?”
“Apa ciri-ciri perempuan yang Hilal akan terima?”

Saya tak tahu la kenapa terima menerima, nak tak nak ni. Dia bukan masalah orang offer, atau orang nak kat saya atau sebagainya. Persoalannya, apakah dia memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki? Sebenarnya, saya berat hati juga kalau sangkut menyangkut benda ni. Sebab saya sendiri tak dapat nak pastikan dengan jelas sukatan perempuan yang saya suka, ciri-cirinya dan sebagainya.

Tetapi saya usahakanlah seboleh mungkin.

Maka ini perkongsiannya.

Sederhana
Saya senang kalau bakal isteri saya adalah seorang yang sederhana. Sederhana dengan harta, sederhana dengan penampilan, sederhana dengan ilmunya, sederhana dengan akhlaknya, dan sederhana dengan agamanya.

Jangan salah faham sederhana ni sama dengan separuh/tak cukup. Ini masalah la.

Sederhana yang saya maksudkan adalah, kalau dia kaya, dia tak bermegah-megah. Kalau dia cantik, dia tak menunjuk-nunjuk. Kalau dia berilmu, dia tak bising-bising tunjuk bagus. Kalau dia orang puji solehah, dia tidak pula overboard perasan baik. Kalau dia miskin, dia tak merungut-rungut. Kalau dia hodoh, dia tak mengeluh-ngeluh. Kalau dia kurang pandai, dia tidak pula terlalu memperbodoh-bodohkan dirinya. Kalau dia tak solehah sangat, dia taklah menunjuk-nunjuk ketidak solehahanya.

Sederhana. Bukanlah saya nak dia sederhana ni sebab kepuasan saya. Atau mungkin ada orang fikir: “Nak jadi isteri penulis islamik, mesti la kena macam malaikat”. Saya tidak tetapkan standard ni, untuk sekufu dengan standard saya ke, apa ke. Saya tak pernah pandang pun standard-standard ni.

Sederhana, bukan sebab perempuan itu nak jadi isteri Hilal Asyraf. Saya nampak, isteri saya perlu sederhana adalah kerana, dia nak jadi ibu kepada anak-anak saya.

Itu sahaja.

Agamanya bersih
Selepas sederhana, baru datang yang lain. Seterusnya, saya senang kalau isteri saya ada kefahaman dalam Islam. Maksud kefahaman kat sini, bukanlah dia faham Islam sehebat Zainab Al-Ghazali ke, faqih sampai tahap macam Aisyah RH ke, bukan, dan bukan. Tak semestinya juga, bila saya cakap ada kefahaman agama, dia kena ambil bidang Usuluddin ke, Usul Fiqh ke, Bahasa Arab ke, bukan. Bukan. Ambil komputer pun, ok.

Sekurang-kurangnya, dia adalah yang faham apa Allah nak, dan apa yang Allah benci. Seterusnya dia faham kenapa kena ambil Islam sebagai jalan hidup. Kemudian faham pula kenapa keluarga itu perlu dibina atas keimanan. Kenapa anak-anak perlu ditarbiyah dengan didikan Islam.

Kenapa? Sebab saya tangan saya ada dua sahaja. Tubuh saya ada satu sahaja. Saya ada tugasan saya dengan keluarga dan masyarakat. Kalaulah isteri saya seorang yang agamanya bersih, maka tugas saya ke atas keluarga jadi ringan. Tambahan, isteri saya boleh tegur saya kalau dia rasa saya silap dalam perjalanan saya menjadi hamba Allah.

Bila saya terluka dengan masyarakat, maka keluarga akan menyembuhkan saya.

Tidaklah bila saya terluka dengan masyarakat, keluarga juga melukakan saya.

Wajahnya menyenangkan
Saya akan cari yang menyenangkan mata saya memandang. Antara doa saya kepada Allah adalah: “Ya Allah, berikanlah aku isteri, yang menyejukkan pandangan mataku”

Nanti bila saya letih bekerja, saya melihat wajahnya, hilang segala letih saya.

Macam mana nak kira wajah menyenangkan ni, saya pun tak reti nak beritahu. Tapi bila saya senang melihat wajahnya, itu kira fit dengan perkiraan saya la tu. Jadi, nak cerita kat sini, susah. Saya tak ada perkataan selain ayat – kalau saya lihat dia, saya senang hati – untuk dijadikan ukuran.

Dan saya fikir, anak-anak saya akan membesar dengan gembira apabila wajah ibu mereka membuatkan mereka senang hati.

Anak-anak saya mesti gembira.

Keturunannya baik
Ada orang ingat, keturunan baik ni dari golongan tengku ke, raja ke, syarif ke. Saya tak kira ‘keturunannya baik’ ini dari segi pangkat. Saya nampak, ‘keturunannya baik’ ini adalah keluarganya orang baik-baik. Bukan jenis buat dosa-dosa besar. Dan paling penting, mak ayahnya juga baik dan sederhana, mesra dan jujur, amanah dan menyenangkan, ambil berat dan penyayang.

Kalau tanya saya kenapa saya perlukan keturunannya demikian?

Mudah. Bukan untuk saya.

Untuk anak-anak saya.

Berharta?
Saya tak tahu saya perlu letak atau tidak perkara ini. Saya fikir, kalau dah cukup empat yang di atas, saya tak perlukan kut ‘harta’ ni. Isteri saya itu adalah satu ‘harta’. Jadi selain dirinya, saya tidak perlukan dia mempunyai harta lain.

Dan kalau dia punya harta, saya akan berusaha tidak menyentuh sesen pun duitnya.

Saya akan berusaha, biar wang saya sahaja sudah cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

Kalau boleh, isteri saya tidak perlu bekerja. Saya senang kalau dia menjadi suri rumah.

Agar dia boleh luang masa dengan anak-anak saya. Mentarbiyah mereka terus dari tangannya. Menyayangi mereka terus dari hatinya. Mengasihi mereka terus dari jiwanya. Agar anak-anak saya membesar dengan didikan air tangannya. Biar anak-anak saya sangat sayang pada dia. Biar anak-anak saya anggap, ibu mereka adalah harta termahal yang Allah beri kepada mereka dan saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja
Saya tak nak isteri yang panas baran. Kalau boleh, harapnya perkataan yang busuk-busuk, sumpah seranah, semua dia tak tahu. Kalau tahu pun, tak sebut. Saya nak isteri saya sentiasa tersenyum, senang hati dan hatinya lembut.

Saya nak gurau-gurau dengan dia, romantik-romantik dengan dia, manja-manja dengan dia, sayang dia sepenuh-penuhnya, dan mencintainya dengan seluruh diri saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja. Dengan saya macam kawan, sahabat akrab yang tersangat akrab. Dengan saya dia tiada malu. Dengan saya dia tiada segan. Dengan saya dia tiada simpan. Kalau dia nak marah saya, dia senang cakap terus dengan saya tanpa cakap belakang.

Biar anak-anak saya membesar dengan suasana kasih sayang. Biar anak saya faham erti cinta. Biar anak saya tidak membesar dengan tertekan. Biar anak saya sentiasa gembira. Biar anak saya sentiasa rasa tenang dan senang. Biar anak saya nampak, rumah itu adalah syurga dia, ibu ayah dia adalah permata.

Saya hairan

Saya hairan dengan orang yang kahwin untuk kepuasan dirinya sahaja. Entah kenapa, setiap kali saya fikir fasal berkahwin, saya akan nampak anak saya. Saya akan rasa berdosa dengan anak saya, kalau saya hari ini merosakkan masa hadapannya.

Saya juga rasa kelakar dengan orang yang bising-bising fasal baitul muslim, tetapi di matanya dia nampak adalah – baitul muslim=cari pasangan untuk kahwin. Sampai ada unit baitul muslim untuk cari jodoh.

Tetapi, baitul muslim itu bukankah hakikatnya projek untuk mendapatkan redha Allah? Ia bukan berhenti pada gerbang perkahwinan dengan pasangan yang kita cari, tetapi ia berterusan sampai ke akhirat nanti.

Siapa sebelum berkahwin, dia fikir benda-benda ni?

Siapa?

Sebab itu, ramai yang dapat kahwin dengan pasangan soleh/solehah, tetapi tak ramai yang dapat produce anak yang soleh/solehah, dan tak ramai pula mampu membina keluarga yang soleh/solehah. Sebab apa?

Dia nampak, ending dia pada perkahwinan sahaja. Dia tidak nampak di alam perkahwinan, dia perlu buat apa. Dia hanya bersedia, untuk berkahwin sahaja. Dia tidak bersedia untuk mengharungi rumah tangga dalam keadaan mengejar redha Allah SWT.

Penutup: Entah dapat, entah tidak.

Saya rasa sedih pula bila tulis artikel ni. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan dapat apa saya mahu. Hidup ini bukan macam skrip novel yang boleh saya reka endingnya. Sebab hidup ini bukan dijalankan oleh kita sahaja. Hidup ini berjalan dengan jutaan manusia lain.

Apa masa hadapan saya? Saya tidak tahu. Yang ada pada tangan saya hanyalah usaha. Usaha tanpa jemu. Penetapan ciri-ciri ini juga, adalah usaha saya. Agar perjalanan masa hadapan saya, sentiasa berlegar-legar dalam pencarian ke araah redha-Nya.

Baik, kepada yang bertanya, saya sudah menunaikan.

Kamu hendak buat apa lepas tahu semua ini?

ps: mata dah bergenang.

Sunday, June 13, 2010

Cepatnya masa berlalu

Salam...cepatnya masa berlalu,hari ni dah hari Ahad..cutiku masih berbaki seminggu lagi. Tapi mcm banyak lagi benda yang x dibuat...
1) kertas2 exam (x siap tanda lg)
2) baju2 (x siap lipat lg)
3) rak buku (x kemas lg)
4) iiiissshkkkk...byk lg la..
kalau aku tulis pun,bkn keje2 tu boleh siap...Ya Allah, berikan aku ruang, peluang untuk siapkan semua keje2 tu...buat diri sendiri,tlg la jgn malas...jgn malas...jgn malas...

Khamis lepas,melawat d.rai di melaka,teruja sebenarnya....lama betul x jumpa dia.. dan aku pun dh lama x travel naik bas..kol 3pm aku smpai di melaka,d.rai amik di melaka sentral...kemudian mgisi perut di foodcourt mydin mitc...wah,2 kali raihan pusing utk mencari parking..ramai tul org,lebih2 lg...Sukma pulak kt melaka,maka ramai la org kat sini....kemudian kami mencari hotel..mula2 pergi hotel mahkota...mak ooooi,mahalnye rate..kitaorg nk checkout dh esok pagi...tpaksa la amik hotel di sebelah hotel tu...nice..kecil tp selesa...harga pun ok..
smpai jer hotel terus solat asar,dh lewat sngat...pastu terus mghrib,sblm mgrib shima kol...sempat la b'borak kejap dgn dia...rindunyer kat dia...

Dlm kol 9pm,kitaorg kuar...jln2 cari mkn...mula2 nk mkn kat dataran pahlawan tu...tp dok meronda2 smpai ke carrefour....sempat membeli buku citer b.i yg bhrga 3-rm10...mmg b'baloi..dh lama x polish bi..kena la mulakan semula minat mmbaca buku bi ni...
and then kuar dr kesesakan melaka...jln2 cri mkn...dok pusing2...kitaorg mkn kat area melaka sentral gak...hehehehehehhehe...dikrai.dikrai....lawak la kamu nie...tapi kitaorg betul2 menikmati percutian kami kali nie...terubat rindu...
azza,kalu la azza ada...mesti lagi seronok... we really miss u...lps mkn,balik hotel..bestnyer lepak...smbil aku tg tv...raihan dok buka f'book...aku,tido la...ape lagi....hehehehehehehe
<<----- hasil dr mgukur di mydin mitc..tq dikrai sbb belanja akk...

Monday, June 7, 2010

hari pertama


assalamualaikum...hari isnin yang mendung,kemudian hujan lebat melanda..sedangkan banyak baju yang belum disidai...aku diserang virus...MALAS.. hari ni lepak umah puan hasmiza...walaupun dia tiada di rumah,tapi kitaorg lepak kat sini..kitaorg rindu kat ko la miza...
x dpt tgok ko..g umah pn ok la...
pasni nk memasak lak(ceh...reti ke memasak...) bukan sya yang masak...tp cik hanisah yg akan memasak...sya hanya membantu sahaja. Aku dh cakap ngn nisah...sepanjang cuti nie,sehari msti ada 1 menu yg kita belajar masak...kira cuti 2 mggu nie,ada la hasilnya...belajar memasak...ataupun merajinkan diri ke dapur untuk memasak...
nak dekat kol 2pm baru aku sidai baju2 yang dibasuh....tudung yg dah 2 minggu x basuh tengah direndam lagi..target kol 3pm, aku dah settlekan semua...pastu leh lepak lagi depan laptop nie...
tapi syoknyer...lepak2 jer mcm nie...kalu tak skrg nie dok tjerit2 lagi di dalam kelas...abis kol 2pm..penat...tapi cuma 2 minggu jer...tak lama..selepas 2 mggu,hidup perlu diteruskan seperti biasa....aku xnak cuti 2 minggu nie aku sia-siakan begitu sahaja...aku ingin lakukan perkara yang akan mengubah hidup aku... mungkin gelaran seorang guru...tidak akan aku galas sehingga tua...mungkin...
manusia hanya merancang..tapi perancangan Allah adalah yang terbaik...


Saturday, June 5, 2010

akhirnya..

assalamualaikum...akhirnya cuti yang ditunggu2 muncul jua. Penatnya,bekerja dari bulan dr bulan Mac..penuh dengan hiruk pikuk..Ya Allah,terima kasih atas segala nikmat dan kurniaan yang Kau berikan ini. Cuti kali ini adalah untuk koreksi diri,muhasabah diri, cari kembali diri yang hilang...hilang entah ke mana...
Banyak perkara yang dirancang,banyak perkara yang perlu dilakukan sepanjang 2 minggu ni, semoga diberikan kekuatan untuk menyelesaikan segala urusan yang dirancang.

Firman Tuhan:
Ertinya: "Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri". (Al-Hadid: 22-23).