Friday, June 8, 2012

Selalu ingin...


Assalamualaikum..
walaupun diri ini ingin menangis...
namun hati tetap perlu tabah







Saturday, June 2, 2012

Ya benar...saya....

Perkongsian pada malam minggu...
di minda banyak yang difikirkan...
dan di hati banyak yang ingin diluahkan...
namun....semuanya seakan terhenti....

http://www.penamujahid.com/?p=655

http://akhmohd777.wordpress.com/2012/05/10/

http://zainurrashid.com/futur-bangkit-segera-atau-gugur/

Friday, June 1, 2012

Bicara seorang aku

Assalamualaikum,
terasa untuk mencoret sesuatu...mungkin pada waktu cuti sekolah sahaja, jari jemari ini begitu rajin untuk menaip. Atau mungkin kerana ketiadaan insan untuk diajak berbicara membuatkan diri ini terasa ingin bersuara di sini. Semalam udda dah tahu posting kat mana. Alhamdulillah, Allah permudahkan...dapat posting dekat2 dengan rumah jer. Mudah la nanti bila lepas kahwin. Walau terasa sayu di hati,tetapi apabila memikirkan dia akan lebih bahagia di sana. Di sudut hati hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk dia. Lepas ni keisha dah tak boleh cari adda dah,adda dah kerja jauh. Lepas ni mama keisha tak boleh dah ajak adda meronggeng. Lepas ni anty timah tu pun dah tak boleh nak minta2 tolong kat adda.
Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah dah rencanakan yang terbaik untuk hamba-Nya. Redha dan pasrah,itu ubat yang mujarab. Pada ketika tiada apa-apa yang mampu memujuk hati, maka serahkan segala rasa itu kepada Dia....Ya Allah tenangkan hati ini...berikan aku kekuatan untuk mengharungi hari2 yang mendatang ini....terkadang merasakan diri ini tidak mampu mengharungi semua ujian yang datang. Tersungkur dan terluka...namun bangkit kembali berbekalkan sisa-sisa kekuatan yang ada.
Cuba memujuk diri...ingatkan diri bahawasanya..Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. YA Allah...jangan kerana aku tidak mendapat apa yang aku inginkan..membuatkan aku tidak redha...YA Allah,aku cuba redha...aku cuba menerima apa-apa sahaja ujian....namun iman yang menipis ini...seringkali membuatkan aku menangis....tiada apa yang aku inginkan.. hanya sebuah kedamaian dan ketenangan. Moga ujian yang mendatang membuatkan aku lebih dekat dengan-Nya.
Ya Allah...terimalah taubat hamba-Mu ini,jadikan aku hamba-Mu yang sabar dan kuat menghadapi segala ujian yang mendatang....