Monday, December 13, 2010

Krisis jiwa

Assalamualaikum cik blog....
Maaf ya,terasa lama pulak tak mencatat kat sini...bukan apa,seperti kekurangan idea untuk berbicara.
Sepatutnya hari ini,aku dah ada kat seremban berjumpa dengan dikrai...tapi sebab2 masalah jiwa @ krisis jiwa,telefon daripada dia aku tak angkat...sms drpd dia pun aku tak balas...kesian nyer dikrai....(dikrai,maafkan akak eh....)
Punca atau sebab musababnya aku pun tak pasti...bukan dikrai sahaja yang menjadi mangsa. Minggu lepas ida kol 3 kali,aku tak jawab. Dayah kol....pun aku tak angkat. Miss you,kol...lagi la aku tak angkat. Huhuhuhuhu...krisis jiwa betul. Bukan benci..tak ada sekelumit pun rasa benci....mungkin cuba mencari kekuatan diri @ mencari diri yang hilang.....hilang entah ke mana pun tak tahu...Ditambah dengan rasa ketidakpastian yang mencengkam minda dan jiwa....
Benar,setiap kali apabila berhadapan dengan masalah...kita perlu mengadu pada-Nya... setiap kali berhadapan dengan kekecewaan,kita tidak perlu bersedih...hanya kerana keinginan dunia yang tidak tercapai...mengapa perlu aku bersedih.....?????
Kalau ikutkan rasa hati ni,rasa macam nak lari jer....lari...lari...lari...lari...sampai penat....lari jauh dari sini... Atau mungkin buat pembedahan plastik...kemudian pergi ke satu tempat dan mulakan kehidupan yang baru. Setidaknya pun,berhenti keje sekarang,cari keje kat tempat @ negeri lain. Mulakan hidup yang baru....  (Mula dah aku ni merapu....) terkadang sebelum tidur,pasti airmata akan mengalir,mengenang kembali jalan kehidupan yang telah ditinggalkan dan mengenangkan apakah nasib hidupku ini pada masa akan datang.
Hakikatnya kehidupan tidak seindah yang kita dambakan. Aku cuba pujuk hati,pujuk diri dan merasionalkan diri. Kehidupan yang sementara ini membuatkan aku perlu berfikir dengan lebih matang. Perlu tabahkan hati dan kuatkan kaki untuk terus melangkah dalam mencari redha-Nya. Memang diri ini akan selalu terjatuh, namun aku perlu bangkit supaya apabila tibanya hari itu,hari di mana aku bertemu dengan-Nya,bukan beban dosa yang aku pikul...tetapi hati yang penuh sarat dengan cinta Ilahi. Ya Allah...ampunilah hamba-Mu ini. Jauhkan aku diri keasyikan dunia yang hanya membuatkan aku lupa pada-Mu...jangan biarkan airmata ini menangisi dunia dan jadikan airmata ini mengalir hanya kerana mengingati Mu....
buat diri...jangan terus dalam kesedihan...jangan terus bersedih..jangan bersedih....
Pergantungan kepada manusia akan membuatkan kita kecewa....itu pasti.
Mengenangkan kisah yang lalu,terkadang menghimpit dan menyesakkan jiwa...itu benar.
Namun janji Allah itu benar dan pasti bahawasanya,
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah hanya dengan "zikrullah" (yakni berzikir mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Ra’d)

No comments: