Sunday, May 20, 2012

Jom baca...Bagaimana aku memandang jodoh..


Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama sahaja kau bertanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya,
dan tersimpan dengan indah dalam setiap lembar daun di lauhul mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..
Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan menjual murah kehormatanmu untuk perkara yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tetapi tak pantas layak bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkanlah, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis kerana rindu,
Mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, apakah masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang sewajarnya
jika  dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih
kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
Dia  membandingkanmu dengan orang lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab ‘ya’ maka, itu pula yang kami, wanita rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahawa yang akan berlaku adalah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejajar dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau  bazirkan waktu?
Kerana apa kau habiskan air matamu? 
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tetapi ketahuilah, kerana kau memilihku, kau ku cinta…
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan.

2 comments:

fatim M said...

Ya Allah..temukan aku dgn jodoh yg baik...yg mcintaiku krn mcintai-Mu..

udda said...

amin...