Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
Wednesday, December 29, 2010
Coretan penghujung 2010 (2)
akhirnya mampu juga mencatat di sini
maaf yer cik blog,2-3 hari ni mmg busy bangat
maklum la sejak hari isnin dh mula menjual buku di koperasi...
penat bangat,bangat...tapi nasib baik hari selasa nisah dh mula menolong di koop
jadi sempat la aku dan miza gie meeting
tapi drpd gie meeting aku lebih rela 'membanting tulang' di koop
mesti cik blog teringin nak tengok gambar koop kite kan..
hehehhehee..x sempat nk upload gambar..
esok sya masukkan gambar koop sya yang serba indah tu..
hahahahahaha..indah la sangat....
ok la cik blog,nak gie menyambung membuat kiraan koop...
kalu x buat malam nie...esok pagi dok serabut...
nnti esok kalu larat sya tulis yer..
cik blog jaga diri tau...
jangan rindu kat sya tau....huhuhuhuhuhu
Sunday, December 26, 2010
Coretan penghujung 2010 (1)
Segala yang berlaku adalah dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan segala sakit hatimu,
Yang menyebabkan segala keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan-nyusahkan hidupmu..
Kerana…..
Masakan Allah sengaja mengadakan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…
Bukan Allah tidak tahu derita hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu….
Kerana…
Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak,
Dan mudah lebih dekat dan akrab dengan-Nya…
Saturday, December 25, 2010
buat cik blog
tapi tetiba hari ni,ada sesuatu yg mbuatkan jiwa kacau..
cik blog...kalau cik blog ada bahu...saya nk pinjam...
nak nangis kat bahu cik blog puas2...
sampai hati org tu buat kita mcm nie..
sampai hati sgt...kejam sgt cik blog...
Thursday, December 23, 2010
Alhamdulillah...tahniah...
Tuesday, December 21, 2010
Coretan pagi....
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
Sunday, December 19, 2010
Duhai mata
Saturday, December 18, 2010
Lagu kegemaran 1
hari ni rasa lebih 10x kali dengar
tapi tak bosan2...
jangan buat spekulasi eh...
lagu nie xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang pengsan...
cuma dengar lagu ni,rasa macam terharu jer...
apa2 pun...layan jer la...
Jalan2 jom makan
Menu untuk saya,Fish and Chips(RM5) |
Ini pulak makanan yang diorder oleh Nisa dan Udda,Lamb Chop(RM 10) dan atas permintaan mereka jari jemari pun nak masuk gambar jugak... |
Dan itulah gambar pemilik jari jemari. |
Monday, December 13, 2010
Krisis jiwa
Maaf ya,terasa lama pulak tak mencatat kat sini...bukan apa,seperti kekurangan idea untuk berbicara.
Sepatutnya hari ini,aku dah ada kat seremban berjumpa dengan dikrai...tapi sebab2 masalah jiwa @ krisis jiwa,telefon daripada dia aku tak angkat...sms drpd dia pun aku tak balas...kesian nyer dikrai....(dikrai,maafkan akak eh....)
Punca atau sebab musababnya aku pun tak pasti...bukan dikrai sahaja yang menjadi mangsa. Minggu lepas ida kol 3 kali,aku tak jawab. Dayah kol....pun aku tak angkat. Miss you,kol...lagi la aku tak angkat. Huhuhuhuhu...krisis jiwa betul. Bukan benci..tak ada sekelumit pun rasa benci....mungkin cuba mencari kekuatan diri @ mencari diri yang hilang.....hilang entah ke mana pun tak tahu...Ditambah dengan rasa ketidakpastian yang mencengkam minda dan jiwa....
Benar,setiap kali apabila berhadapan dengan masalah...kita perlu mengadu pada-Nya... setiap kali berhadapan dengan kekecewaan,kita tidak perlu bersedih...hanya kerana keinginan dunia yang tidak tercapai...mengapa perlu aku bersedih.....?????
Kalau ikutkan rasa hati ni,rasa macam nak lari jer....lari...lari...lari...lari...sampai penat....lari jauh dari sini... Atau mungkin buat pembedahan plastik...kemudian pergi ke satu tempat dan mulakan kehidupan yang baru. Setidaknya pun,berhenti keje sekarang,cari keje kat tempat @ negeri lain. Mulakan hidup yang baru.... (Mula dah aku ni merapu....) terkadang sebelum tidur,pasti airmata akan mengalir,mengenang kembali jalan kehidupan yang telah ditinggalkan dan mengenangkan apakah nasib hidupku ini pada masa akan datang.
Hakikatnya kehidupan tidak seindah yang kita dambakan. Aku cuba pujuk hati,pujuk diri dan merasionalkan diri. Kehidupan yang sementara ini membuatkan aku perlu berfikir dengan lebih matang. Perlu tabahkan hati dan kuatkan kaki untuk terus melangkah dalam mencari redha-Nya. Memang diri ini akan selalu terjatuh, namun aku perlu bangkit supaya apabila tibanya hari itu,hari di mana aku bertemu dengan-Nya,bukan beban dosa yang aku pikul...tetapi hati yang penuh sarat dengan cinta Ilahi. Ya Allah...ampunilah hamba-Mu ini. Jauhkan aku diri keasyikan dunia yang hanya membuatkan aku lupa pada-Mu...jangan biarkan airmata ini menangisi dunia dan jadikan airmata ini mengalir hanya kerana mengingati Mu....
buat diri...jangan terus dalam kesedihan...jangan terus bersedih..jangan bersedih....
Pergantungan kepada manusia akan membuatkan kita kecewa....itu pasti.
Mengenangkan kisah yang lalu,terkadang menghimpit dan menyesakkan jiwa...itu benar.
Namun janji Allah itu benar dan pasti bahawasanya,
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah hanya dengan "zikrullah" (yakni berzikir mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Ra’d)
Tuesday, December 7, 2010
SeDiH.....:(
Salam 1 Muharam
Monday, December 6, 2010
awal muharam...jom baca doa
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
sumber: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html
Thursday, December 2, 2010
Petang syahdu 2
Hadapi dengan senyuman dari Dewa 19
Wednesday, December 1, 2010
Selamat hari lahir mama
Gambar terakhir bersama dengan atuk tersayang di pagi raya 2010 |
Tuesday, November 30, 2010
Menangis dalam penantian
Sunday, November 28, 2010
petang syahdu
petang yg syahdu ni terasa nak menulis..bukan apa pun,dari jam 2.00pm dok hujan,skrg pun mendung jer...kira suasana yang syahdu la kan...tapi bila dah mula menulis,hilang idea pulak..cuma nak cakap..sekarang tengah sedih...sedih sangat2...cik blog,tahu kenapa saya sedih??? hmmm...entah la cik blog,susah nak cakap..waktu cuti2 macam nie...
tak banyak aktiviti,otak nie banyak sangat berfikir.....dan bila teringat zaman dekat U dulu...dan dibandingkan dengan kehidupan aku sekarang...jauh berbeza sangat...nak kata lebih baik?jauh sekali la..mestilah sekarang lebih teruk...
tapi dulu lain,mesti sekarang lain kan...dan sepanjang perjalanan ini..ramai yang kita ketemu..sahabat,teman, rakan,kawan...dan apa2 la yang selayaknya...dulu masa zaman sekolah menengah,selalu cakap..."kawan ketawa ramai,kawan menangis..sorang2 je la"...sampailah dah masuk U...aku tambah prinsip...buat apalah ada kawan..kalu tak disusahkan...huhuhuhuhuhu
namun akhirnya bila kita menjalani kehidupan di dunia yang nyata...kembali ke dalam realiti...semua itu hanyalah tinggal kenangan...manis atau pahit...dan sepanjang hayat ini,kita akan jumpa hanya sekali sahaja..sekali sahaja sahabat yang benar2 memahami...hargai atau tidak...yang terindah hanya seketika..hakikatnya,pergantungan manusia hanya pada Allah...pengaduan keluh kesah kita selayaknya hanyalah pada-Nya...kerana apabila terlalu berharap kepada manusia..hakikatnya,kita pasti akan kecewa...oleh itu,wahai diriku..jangan bersedih...teruskan melangkah...berhenti berharap pada manusia...berhenti mengejar sesuatu yang fana...coretan berhenti di sini,kerana sebentar lagi azan maghrib akan bergema.. terima kasih yer cik blog...sudi dengar kita merapu petang2 nie.....
Jom baca...
http://genta-rasa.com/2010/11/27/jangan-sombong-dengan-takdir/
Saturday, November 27, 2010
senget ke?
Wednesday, November 24, 2010
Nukilan
Namun hakikatnya,cuti selama 30 hari ini akan berlalu dengan cepatnya jika tidak dimanfaatkan dengan sepenuh-penuhnya...kerja2 di koperasi banyak lagi yang tertunda...banyak sangat2 dan sepatutnya sepanjang cuti ini kerja di koop perlu dibereskan dengan segera supaya apabila aku dah mula bekerja aku tidak terlalu beban dengan kerja2 sampingan itu......Ya ALlah, pmudahkan urusan hamba-Mu ini..
Setelah beberapa hari cuti ini....rindu sangat pada Keisha,moga sahabatku bahagia bersama keluarganya di sana...mesti bila Keisha dah balik sini,kamu dah pandai jalan kan....Ya Allah,bahagiakan anak itu...bahagiakan keluarganya...semoga Keisha terus menjadi anak yang comel...yang membahagiakan insan2 di sekelilingnya.....
Kadang2 rasa sebuah ketidakpastian membuatkan hidup tidak tenang...rasa yang tidak pasti dan barangkali hanya menjerat hati & perasaan....dan seboleh-bolehnya aku ingin lari dari rasa yang tidak pasti ini...Ya Allah,aku hanyalah hamba-Mu...hidup matiku hanya untuk-Mu...jika Engkau takdirkan bukan milikku...maka ia tak akan menjadi milikku...dan siapalah aku yang berhak untuk memiliki semua ini...semua ini adalah milik Allah...
Semoga perjalanan hidup ini akan lebih terarah...dan semoga kasih sayang Allah akan sentiasa bersamaku..
YA Allah
aku hanya hamba-Mu...terlalu lemah,seringkali
alpa dan lalai dalam mengingati-Mu..tunjukkan aku jalan yang benar,jalan hidup yang Engkau redhai...amin
Monday, November 22, 2010
Saturday, November 20, 2010
buat tatapan diri...
Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur:26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa..............
Thursday, October 28, 2010
Menulis tanpa idea
Assalamualaikum...alhamdulillah pada hari ini masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini....alhamdulillah,syukur atas segala nikmat dan kurniaan Ilahi. Coretan kali ini tiada tujuan mungkin sama jugak dengan coretan2 sebelum ini...tetapi hati terasa ingin menulis...mungkin apabila kebosanan mula bertandang diri ini...maka di sinilah teman bicara sepi yang boleh diajak untuk bersuara.... Apabila menulis tanpa idea dan semangat...maka coretan agak membosankan...kenapa perasaan mempunyai blog tidak seperti mula2 menulisnya...bosannya... Kadang2 dalam keadaan seperti ini ingin berlari....berlari di atas awan...berlari ke awan??? mungkin kerana apabila berlari di atas awan atau langit...kerahan tidak seperti kita berlari di muka bumi...di dunia yang realiti. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adakalanya memenatkan...sungguh penat dan lelah,kerana apabila dunia yang kita kejar,tiada apa yang mencukupinya. Tapi apabila kita menyedari kehidupan di dunia hanyalah sebuah persinggahan...maka pujuklah hati. Lakukan segala pekerjaan di dunia ini semata-mata mengharapkan cinta & redha ILahi.... Wahai diri,jangan pernah menangisi kehidupan di dunia ini,wahai hati jangan sesekali menyesali apa yang sudah Allah takdirkan...syukur...redha dan pasrah...moga hati akan lebih tenang menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup ini....kehidupan ini sementara, sebuah persinggahan menuju kasih dan redha ILahi ,sebuah perjalanan ke dunia yang lebih hakiki....yakin dengan janji Allah...
Thursday, October 14, 2010
mencari ilham...
Thursday, October 7, 2010
catatan hamba
Wednesday, September 8, 2010
PeNGhujung Ramadhan
sesungguhnya aku gagal,aku gagal mentarbiyah diri ini...solat masih tidak di awal waktu, tadarus Alquran masih kurang,zikir juga masih kurang,solat terawih buatnya ikut kesempatan masa sahaja...hal duniawi masih penuh dalam jadual hidupku sepanjang ramadhan ini...Ya Allah ampunilah hamba-Mu yang penuh dengan dosa ini, ampunilah hamba-Mu yang masih leka dan alpa dalam mengingati-Mu dalam setiap degup nafasku ini...ampunilah aku, YA Allah...sesunguhnya aku hamba-Mu yang masih kurang bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan...
Sunday, September 5, 2010
Buat Hati yang Ketandusan Cinta
Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA...sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu,
maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.
Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Sumber: www.iluvislam.com,ditulis Oleh: namakuyana Editor: azzahra_solehah