Sunday, December 22, 2013

terjun dalam kesibukan

Assalamualaikum cik blog.. Sebelum tenggelam dalam dunia kesibukan... Maka lebih baik mencoret di sini.. Cuti kali ini berlalu dengan pantas.. Banyak perkara yang tertunda. Ya Allah kuatkan hati ini untuk terus mengejar redhaMu.. Sudah 3 tahun berlalu rupanya..apabila catatan itu dibaca semula.. Rasa sebak kembali menusuk hati. Langkah perlu terus diatur... Jangan berhenti...jangan sesekali berhenti.. Sesungguhnya jalan menuju syurga penuh dgn rintangan... Nilaian hidup di dunia ini tidak sebanding dengan tawaran syurga Allah.. Acapkali ketika cuti teringat pada dikrai... Maafkan akak eh dikrai...berlalu pergi dari hidup awak... Ingatn kepada kamu tak pernah luput... Sentiasalah berbahagi bersama putera puterimu... Buat hati terus bertabah... terus mengejar dan mencapai redhaNya.. Ya Allah tabahkan hati ini...berikan kekuatan buat diri ini terus mencari redhaMu... jadikan dunia ini tempat untuk mengumpul bekalan di akhirat nanti...

Wednesday, December 11, 2013

bicara buat hati

ssalamulaikum cik blog. Hari ni saja nak berkongsi rasa di sini. Lama rasa tak bercerita di sini. Alhamdulillah hari ini masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas. Semakin lama terasa detik kematian kian tiba.. Namun keinginan di hati seolah-olah tidak pernah berakhir.. Bisik pada hati agar selalu tabah dan kuat.. Ya dalam pencarian erti hidup,ada jatuh dan bangun. Dalam perjalanan ini banyak airmata yang tumpah... "Ya Allah jangan berpaling dariku...jangan pernah tinggalkan hamba-Mu ini.. walau segunung dosaku namun Kau Maha Pengampun.." Apabila berbicara tentang jodoh..hati seakan enggan terbuka.. Mungkin sahaja harapan2 dulu yang menggunung, kemudian hancur.. membuatkan hati ini terkunci rapat... Yang diimpikan seorang insan yang sudi menerima segala kelemahan diri.. yang diimpikan seorang imam untuk solatku.. yang diinginkan seorang insan yang dapat mengingatkan daku ketika aku alpa... yang diinginkan seorang insan yang dapat ku dengar alunan quran.. yang diharapakan seorang insan yang boleh memimpinku ke syurga... Terlalu beratkah apa yang aku inginkan...? ya..diri ini tidak sesempurna yang aku impikan atau inginkan.. tapi aku cuba sebaik mungkin, menjaga diri ini... Mana mungkin aku berputus asa..mana mungkin hati ini sesal pada taqdir.. Jika tidak di dunia..pasti ada di syurgaNya Hati,terus bertabah...ketika sampai masa dn ketikanya.. Pasti Allah ilhamkan jawapan untukmu...

Tuesday, December 10, 2013

kehilangan...

asaalamualaikum cik blog...lamanya tak melawat kamu. dulu2 ada jugak la menjengah walau sebentar...tapi sekarang ni...mmg lama tak tengok kamu. jangan benci saya eh cik blog...buat mencari idea...kita baca ni dulu eh...


http://diariemma.blogspot.com/2013/12/hikmah-tiada-jodoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FvOYdA+%28indahnya+hidup+berilmu%29

Saturday, August 10, 2013

catatan syawal 2013

assalamualaikum...
sebenarnya kalau boleh nak mengelak untuk membuat catatan tika syawal...
syawal saya bukan seperti orang biasa...
dalam keadaan yang berkecukupan,syawal kami sangat biasa...
apabila ada yang meminta gambar raya...memang tiada foto raya..
memang sengaja...bukan...memang biasanya tiada foto raya...
bukan kehendak diri...tetapi memang keadaan ini sangat biasa...
dan diri ini sudah menerima kebiasaan ini...
sekurang2nya masih ada tangan bonda dan ayahanda untuk dikucupi...
alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah berikan...
alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah...
apabila kita rasa kita tak dapat apa yang kita pinta..
sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi segalanya...
Ya Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang-Mu kepada kedua ibu bapaku dan ahli keluargaku...jadikan kami hamba-Mu yang redha dan kekal dengan syukur terhadap pemberian-Mu...

Sunday, August 4, 2013

ramadhan yg bakal kutinggalkan..

assalamualaikum cik blog...lamanya saya tak menjenguk awak..
bukan sebab kesibukan dengan kerja2 di sekolah..
bukan juga sebab ketandusan idea...
mungkin kerana jari jemari ini beku dan sepi..
ramadhan tahun ini terasa sungguh menyedihkan dan menyayatkan.
acapkali soalan dituju pada diri..dapatkah ramadhan ini mendidik diri dan jiwa??
Ya Allah,sesungguhnya hanya Kau Yang Mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaMu yang alpa  ini..
 setiap kali ramadhan, imbasan rindu terhadap bumi sintok semakin menebal, kerinduan kepada dikrai dan muazah sangat terasa..begitu juga dengan sahabat2 yang lain...adakah kalian rasa apa yang daku rasa....
andai sahaja...Ya Allah,aku tak mahu berandai2...
limpahkan rahmat dan kasih sayang-Mu pada sahabat2ku...
rindu untuk bermunajat di msb, rindu berbuka dgn sahabat2...

Saturday, June 8, 2013

bertahanlah...

assalamualaikum..
setelah lama menyepi hadir semula untuk berkongsi rasa di sana
cuti sekolah yang sepi..
rindu untuk bertandang di sini membuatkan aku hadir di sini..
dalam keadaan jiwa yang sedang bertahan maka kugagahkan jua.
luka ini bila akan sembuh...cuba utk brtahan..
menahan airmata tetapi hati ini langsung tidak kuat..
walau semua mesej di telefon mahu di fb telah dihapuskan..
tetapi luka di dalam hati tidak boleh dipadam begitu sahaja..
Ya Allah,berikan aku kekuatan...aku redha & pasrah..sungguh...

Tuesday, May 14, 2013

assamualaikum,cik blog..
cuba untuk mencatat sesuatu di  sini..
walau sebenarnya..hati rasa kosong
dan fikiran melayang entah ke mana
sepi itu tidak indah..
sungguh..sepi itu amat tidak indah
dan penuh dgn kesengsaraan
aku gagahkn diri untuk terus berjalan
agar terus gagah blari...

Tuesday, March 5, 2013

hari ini harijadi saya...

assalamualaikum,cik blog..
hari ni hari jadi saya yang ke-32
alhamdulillah masih diberikan peluang oleh-Nya
untuk menghirup udara dan merasai kasih sayang-Nya
namun apa yang ada di dalam hati sukar ditafsir
malah post ini ditemani dengan airmata...
moga hati ini dapat terus bertahan...
moga hati ini jangan terlalu bersedih...
Ya Allah,hanya Engkau kusandarkan segalanya...
sesungguhnya hidup matiku kerana-Mu...



Tuesday, January 22, 2013

perpisahan

petang ini menerima berita yang agak mengejutkan
dan saat perpisahan makin menghampiri
hati memang sangat tidak merelakan
lebih2 lagi rahsia itu bukan aku yg pertama mgetahuinya
airmata jangan jatuh
kerna ini semua telah diduga akan berlaku
cuma hati rasa ralat
Ya Allah,tabahkan hati ini
menghadapi ujian kecil ini
jadikan aku hambaMu yg redha...

Thursday, December 13, 2012

Salahkah

sumber: http://semut2comel.blogspot.com/2011/10/salahkah-jadi-orang-bujang.html#more

Salahkah Jadi Orang "Bujang"?

"Salahkah kalau aku tidak bergelar isteri orang? Berdosakah aku?" Telah lama dia menyepi, kini dia kembali lagi dengan 'kata-kata aluan' pembuka bicara yang sungguh luar biasa. Pelik sungguh soalannya kali ini. Ingin saja aku tergelak tapi sebaik sahaja melihat riak wajahnya yang tegang, aku menahan diri.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, ke kanan kemudian ke kiri dan ke kanan sekali lagi.
"Kalau aku tidak bersalah, jadi mengapa aku dihukum?" Tegas suaranya menikam hingga ke tangkai jantungku.
Kini, aku pula yang stress.

"Dihukum? Apa maksud kamu?" Soalannya aku jawab pula dengan soalan. Dahinya kelihatan berkerut-kerut. Kerutan di dahi aku juga sebenarnya tidak jauh bezanya dengan dia.
"Aku nak cakap pun susah, tapi sungguh aku rasa terhukum!" Begitu dia menjawab. Dia tunduk merenung lantai.
"Kau dihukum atau kau yang menghukum dirimu sendiri?" Bertalu-talu pula aku menyoalnya. Ah! Barangkali kerana aku masih belum punya jawapan bagi soalan pembuka bicaranya itu.

"Maksud kamu apa?" Pulak. Aku disoal lagi.

"Yalah, kau kata kau rasa terhukum. Tapi sebenarnya siapa yang menghukummu? Atau ia cuma tak lebih sekadar perasaanmu saja? Ibarat kau yang menghukum dirimu sendiri.." Aku bersilang kata. Bagai tergigit lidah sendiri. Terbelit dengan butir bicara yang terluncur dari lidahku.

"Kau mungkin tidak mengerti.." Perlahan suaranya hampir tidak kedengaran.
"Jadi, bantu aku agar aku mengerti..." Aku membalas.

"Masa silam yang pernah aku lalui, pengalaman orang sekeliling membuatkan aku selesa dengan hidupku sekarang, bersyukur seadanya dengan apa yang aku ada kini biarpun aku tiada tempat untuk bernaung menumpang kasih sebagai seorang isteri. Aku bahagia dengan hidupku kini tapi mengapa aku sering dipandang serong? Seolah-olah aku ini cacat dan tidak sempurna. Seolah-olah aku seorang pesalah! Apakah benar aku bersalah? Salahkah aku mencuba untuk menjadi manusia yang redha dengan apa yang aku miliki? Syukuri apa yang sedang aku lalui, bahagia dengan cara aku sendiri. Salahkah aku tidak bergelar isteri orang?" Suaranya mendatar. Aku cuba untuk mengerti. Dan bukanlah susah untuk aku mengerti kerana aku dan dia adalah satu.

"Tidakkah mereka tahu, dunia ini cuma sementara? Biarpun aku mungkin tidak sebahagia mereka, tanpa anak tanpa suami tapi setidak-tidaknya aku tahu, aku hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti aku juga akan mati dan derita aku ini juga akan berakhir. Berkahwin atau tidak, bukan soalnya yang utama, kerana apa yang lebih utama adalah ganjaran syurga dari Allah. Aku mahu yang itu biar apapun caranya. Aku ingin syurga! Aku bukan Asiah, aku bukan Siti Hajar. Aku mungkin boleh saja jadi isteri derhaka yang dibenci Allah. Dan aku juga tahu, aku bukanlah Maryam. Aku juga mungkin tidak mampu menjaga kesucianku selamanya... "

"Aku percaya Allah lebih mengetahui atas segalanya. Aku tidak harapkan suami yang soleh. Anak-anak yang banyak. Aku hidup bukan untuk itu semata-mata. Aku harapkan syurga Allah. Andai dengan hidup begini, keimanan dan ketakwaanku bertambah, apalah salahnya aku terus hidup begini..."

"Dan seandainya dengan bernikah keimananmu dan ketakwaanmu akan lebih bertambah, itu juga hanya Allah yang tahu, kan?" Aku memintas kata-katanya.

Dia angguk. "Ya.." Sepatah dia menyambung.

"Kau benar, kau tidak bersalah. Memang tiada salahnya belum bergelar isteri orang. Aku tahu itu juga di luar kemampuanmu. Bukan pintamu untuk hidup menyendiri selamanya. Aku mengerti. Dan mungkin bukan niat mereka untuk menghukum kamu, cuma sekadar refleksi atas dasar prihatin." Aku mengulas, kemudian berhenti seketika.

"Prihatin? Maksud kamu apa?" Dia bertanya kepadaku. Aku masih membisu.

"Ya, prihatin dan barangkali simpati. Bukankah fitrah alam setiap sesuatu diciptakan berpasang-pasang. Malam pasangannya siang. Gelap pasangannya terang. Hitam pasangannya putih. Betina pasangannya jantan. Sebagaimana Adam menginginkan Hawa, begitu juga wanita, inginkan lelaki. Kau juga tidak terkecuali." Aku menyambung setelah diam untuk beberapa detik.

"Jadi, aku dihukum kerana aku wanita yang belum ketemu pasangannya? Begitu?" Dia masih kekeliruan. Aku tumpang simpati.

"Bukan dihukum, tapi mereka mungkin berharap agar kamu segera ketemu pasanganmu, agar kamu mendapat sakinah, mawaddah warahmah menerusi pernikahan itu. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ruum, ayat yang ke-21, yang mana bermaksud, Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..." Begitu aku menyambung bicara. Kemudian menarik nafasku dalam-dalam lalu menghembuskannya. Bagai berbisik kepada diriku sendiri.

"Usah lagi berfikiran negatif. Jangan difikirkan sangat kata orang. Teruskan hidup dengan ceria. Nikmati segala apa yang kau miliki hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok kau mungkin bukan lagi kau seperti hari ini, mungkin kau akan bergelar isteri orang dan mungkin juga esok kau akan kembali ke alam barzakh..Senyum, okay?" Aku meneruskan lagi kata-kataku. Dia mengangkat wajah memandang ke arahku. Kerutan di dahinya sudah hampir tiada kelihatan, dia tersenyum.

Aku membalas senyumannya dengan penuh makna.

Sempat aku bermonolog. 'Benarlah sekarang dia tidak bersalah, tapi seandainya suatu hari nanti, andai dia selalu menolak jodoh yang datang dan selalu berprasangka negatif terhadap institusi pernikahan, tunggulah, aku sendiri yang akan menghukumnya!'