Sunday, September 16, 2012

Kesendirian

Assalamualaikum...
terkadang sendiri itu memberi peluang untuk diri mengkoreksi kembali diri. 
memberi peluang buat aku sebagai hamba-Nya merenung kembali jejak kehidupan yang telah ditinggalkan. 
hakikatnya kesendirian terkadang membuatkan kita boleh menangis dalam ketawa. 
seperti biasa...tatkala catatan ini dicoret,masih ada rasa yang tak mampu diluahkan. 
dek kerana terlalu menjaga hati dan perasaan yang lain,hati sendiri yang tergadai dalam gudang kesedihan. 
walau apa pun,teruskan berjalan kerana bumi tetap berputar walau kita berhenti melangkah.
peringatan buat diri..


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
(Al-Ahzaab 33:16