Monday, February 21, 2011

Petang syahdu

Assalamualaikum,petang2 syahdu macam nie rajin pulak nak menulis
cik blog sihat?? kita sihat jer...cuma biasalah,
pening2 kepala dengan keje kat sekolah2....
  • buku2 anak murid yang belum siap bertanda...
  • fail2 koperasi yang perlu dikemaskinikan
  • belum lagi urusan2 membayar hutang kepada pemiutang
  • tambah lagi,fail2 panitia yang belum bersentuh lagi tu
  • hah....pasni plan J la,headcount la...latihan rumah sukan...
  • pjumpaan unit beruniform
  • pjumpaan kelab dan persatuan...
  • hah,minggu ni ada program rimup pulak
  • jangan dilupa pulak penaja2 untuk program rimup tu belum bagi sumbangan lagi
  • kena kol semua pembekal...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu 
  • iiiisshkk,lupa lak...minggu ni kena hantar modul ringkasan kat ketua bidang 
  • (tak buat lagi...tahap kelupaan...bila mengadap cik blog baru teringat...)
banyak jugak rupanya keje yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ni
dah,dah la tu...x larat dah nak mengingat semua keja2 tu...
moga diberikan kekuatan oleh-Nya untuk menyiapkan semua keja2 tu
semoga diberikan kekuatan oleh-Nya untuk terus mendidik...

Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya)”. 
( Ayat 29 : Surah al-A’raaf )

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya
(Al-Kahfi:110)

tadi sempat bersembang dengan muazah kat Fb
lama x bertanya kabar dgn dia..rindu betul dengan sahabat yg sorang tu
bersembang ttg majlis dikrai yang bakal berlangsung bln mac nnti
muazah x tahu lagi bole datang ke tak...sbb dia ada kursus..
huhuhuhuhu..xde member la nanti kat kenduri dikrai...

dikrai,kalau akk macho..akak pasti akan datang jugak
tapi kalau akk kurang macho...harap kamu faham2 la...
pasni kita dah x boleh lepak2 macam dulu..
akak x bole suka2 hati datang seremban nak jumpa awak..
awak pun...dah x boleh melawat akak kat jaybee lagi..
lepas ni tanggungjawab  kamu lebih besar...
menjadi sayap kiri dalam perjuangan seorang suami...
huhuhuhuhuhuhu...sedih lak pulak memikirkan semua ini...
cik blog,pasni saya meronggeng sorang2 la.....
dah...dah...dah..jangan sedih....hidup perlu diteruskan...
betul tak cik blog......dah,jangan sedih2 yer... 
ingat...."Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah"

Sunday, February 20, 2011

Cerita di hari minggu

Assalamualaikum...
Menemui cik blog yang dirindui,tgh buat apa tu...
hehehhehehee....,cik blog,rindu tak kat saya???
minggu yang memenatkan akhirnya berakhir,walaupun minggu ni cuti sehari jer
tapi cukuplah tu...minggu depan kita pulun keje lagi....
sambutan maulidurasul di sekolah berjalan dengan jayanya...
ringkas simple dan penuh dengan manfaat..
saat kalimah selawat dilantunkan...syahdunya rasa hati..

hari ni hari lepak sedunia,
lagipun 2-3 hari ni,budak sihat x berapa sihat...
diserang demam...kesian budak sihat...
yang teruknya...mama budak sihat la..
malam2 x boleh tido...menjaga budak sihat...
anty timah??? kalau dah mengantuk tu..
x sedar apa pun....
hehhehehehehehee
keisha dlm pjalanan ke bulan....

walaupn x sihat,budak comey..msih mneruskan progam 'le tour d langkawi'

Monday, February 14, 2011

Cinta kita & cinta mereka....

Seorang sahabat yang bernama Tsauban begitu cinta dan rindu pada Rasulullah SAW. Sehari tidak bertemu, hatinya terasa begitu rindu, seolah-olah setahun berpisah. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah sedang diwajahnya tergambar keresahan dan kesayuan. Rasulullah SAW lalu bertanya, “Adakah engkau sakit wahai Tasuban?” .
Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.” Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Ya, cinta dan rindu Tsauban RA pada Rasulullah SAW terlalu mendalam. Jiwanya terasa begitu terseksa apabila berjauhan. Hatinya meronta-ronta untuk selalu bertemu dan kekecewaan menguasai dirinya apabila terbayangkan di Akhirat nanti ia terpaksa berjauhan dari Rasulullah SAW.
Bukankah cintanya  terlalu suci dan jernih. Sesuci embun pagi dan sejernih air di kali. Rindunya terlalu mendalam hingga setiap saat ia terkenangkan Rasulullah SAW. Tentu kita boleh bayangkan satu peribadi yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya, sentiasa mahu mendengar dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Jika ada yang cuba mencemari nama baginda Rasulullah SAW dan Islam yang dibawa baginda, tentunya ia adalah orang pertama yang akan mempertahankannya biarpun dengan segala harta  dan nyawanya.
Ya, inilah salah satu kisah cinta yang mampu menggoncang jiwa-jiwa yang beriman. Mereka (para sahabat) memang begitu cinta pada Rasulullah SAW, cinta yang setulus hati. Bahkan mereka sanggup melakukan apa saja demi baginda dan Islam yang diperjuangkannya.
Mungkin timbul satu persoalan. Apa yang menjadikan mereka begitu cinta dan taat kepada baginda Rasulullah SAW? Benarkah kita juga cinta dan rindukan Rasulullah SAW sepertimana mereka cinta dan rindu padanya? Apa yang membezakan cinta kita dan cinta mereka?
Tentu tidak terlalu sukar untuk membezakan cinta kita dan cinta mereka namun yang sukar ialah untuk memahami bagaimana cinta mereka begitu tinggi dan suci agar kita dapat membina rasa cinta yang sama.

Mereka mengenali Baginda
Mereka mengenali baginda Rasulullah SAW dengan jiwa mereka. Mereka menghayati pengorbanan Rasulullah SAW untuk ummatnya dengan hati dan perasaannya. Mereka menelusuri detik-detik perjuangan Rasulullah SAW dengan penuh rasa kasih dan terhutang budi. Lalu hati mereka begitu cinta dan rindu pada baginda.Air mata mereka mengalir apabila lama tidak bersua dengan Rasulullah SAW.
Pernah satu ketika Saidina Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Ketika itu Rasulullah SAW telah lama wafat, meninggalkan para sahabat RA. Apabila cerita itu tersebar, sahabat dan sahibah tidak keluar dari rumah mereka. Masing-masing termenung membayangkan saat-saat mereka bersama Rasulullah SAW. Hati mereka menjadi begitu rindu, sayu dan terlalu pilu dengan kehilangan baginda. Seharian melayan perasaan lalu mereka berkumpul dan meminta Bilal RA mengumandangkan azannya. Ya, sejak kewafatan Rasulullah SAW Bilal tidak lagi pernah mengalunkan azannya. Oleh itu jika hari ini Bilal mengumandangkan azannya, para sahabat akan terasa seolah-olah mereka masih berada bersama Rasulullah SAW, tentunya NOSTALGIA mereka bersama Rasulullah akan lebih lengkap.
Kerana tidak mampu menolak desakan yang bertubi-tubi itu maka Bilal pun mula mengumandangkan azan. Semua sahabat tertegun diam hinggalah mereka mendengar kalimah Assyhadu anna Muhammadar Rasulullah, jiwa mereka tidak lagi mampu bertahan lalu mereka menangis sepuas-puasnya.
Siapa yang tidak merasa kehilangan, siapa yang tidak merasa rindu jika yang hilang itu adalah Rasulullah SAW yang mereka kenali lebih dari anak-anak mereka sendiri.
Jiwa mereka benar-benar telah menyaksikan betapa besar pengorbanan Rasulullah untuk ummatnya. Bahkan baginda SAW telah mengorbankan segala-galanya demi untu keselamatan dan kebahagiaan ummatnya.
Jiwa mereka menyaksikan darah Baginda SAW yang mengalir membasahi bumi Ta’if ketika batu-batuan keras dilemparkan ketubuh baginda dan diiringi lemparan itu dengan cercaan dan hinaan. Bahkan ada yang mencerca baginda “Tidak adakah orang lain selain kamu yang dipilih sebagai rasul?” Ada juga yang menghina “Jika kamu ini benar seorang rasul maka kamu terlalu mulia…pergi kamu dari sini, kami ini orang hina. Tetapi jika kamu menipu maka kamu adalah terlalu hina, maka pergi kamu dari sini, kami terlalu mulia untuk kamu”
Jiwa mereka meyaksikan bagaimana peritnya Rasulullah merentasi padang pasir sejauh hampir 500km hanya untuk menyelamatkan mereka dari neraka Allah SWT. Bukan untuk pangkat dan kuasa, bukan untuk harta dan kekayaan bahkan baginda korbankan segala yang dimiliki untu keselamatan ummat ini.

Jiwa mereka menyaksikan darah baginda mengalir membasahi bumi Ta’if. Mereka melihat penderitaan baginda ketika dicabutkan rantai dari baju besi baginda yang patah lalu menikam dan menembusi kulit mukanya dan terbenam pada gusi baginda. Abu Ubaidah RA mencabut satu darinya lalu sebatang gigi baginda yang mulia tercabut bersamanya. Lalu satu lagi dicabut menjadikan dua batang gigi baginda tercabut.
Inilah yang mereka saksikan dengan jiwa mereka, dengan hati dan perasaan mereka. Pengorbanan yang begitu tulus suci. Rasulullah SAW korbankan segalanya untuk mereka dan kita. Untuk kita mengenal Allah SWT, untuk kita selamat dari neraka Allah SWT, untuk kita bahagia di dunia dan akhirat.
Adakah kita benar-benar mengenali baginda? Sudah berapa buku sirah yang kita baca? Sudah berapa kisah baginda yang kita hayati? Adakah buku baca sirah yang kita baca itu melebihi novel yang telah kita habiskan. Saya tidak katakan baca novel itu salah tetapi jika kita jadikan sebagai ukuran, seharusnya lebih banyak buku sirah yang kita baca berbanding novel. Benarkah kita benar-benar mengenali Baginda SAW, menghayati perjuangannya, menyelusuri liku-liku hidup baginda dan menangisi keperitan yang baginda tempuhi.

Nusaibah RA begitu mengenali baginda hinggakan ketika medan Uhud berantakan dan hanya beberapa sahabat yang berada di sekitar baginda SAW. Nusaibah yang hanyalah seorang perawat lalu meninggalkan pesakit-pesakitnya dan menjadikan dirinya sebagai anak panah yang gila mencari tubuh baginda. Hinggakan Rasulullah SAW bersabda “Di medan uhud, Nusaibahlah yang paling sibuk.” Dia berada dimana-mana saja anak-anak panah cuba menyentuh tubuh baginda. Ketika Rasulullah memandang ke kanan dilihatnya Nusaibah, Baginda memandang ke kiri ..dilihatnya Nusaibah. Ketika itu diriwayatkan tubuh Nusaibah dipenuhi 12 anak panah dan salah satunya mengenai tengkuknya menyebabkan kecederaan yang agak lama.
Ketika selesai peperangan uhud, Baginda bertanya pada Nusaibah, apa yang dia inginkan. Ya, apa yang Nusaibah inginkan untuk segala penderitaannya? “Ya Rasulullah….aku ingin bersama mu di syurga nanti”
Apa yang kita rasakan dengan kisah cinta mereka kepada Rasulullah SAW? Bagaimana dengan cinta kita?
Maafkan saya, saya manusia hina. Saya ingin mencintai baginda SAW namun terasa begitu malu untuk mengungkapnya. Cinta saya terlalu hina berbanding cinta mereka. Namun saya berdoa agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang benar cintanya pada Rasulullah SAW.

Ya Allah...
Aku terasa malu untuk mengungkapkan cintaku pada kekasihMu 
Namun aku tidak malu untuk berdoa kepadaMu...
supaya menjadikan aku orang yang benar-benar cinta kepadanya.
Ya Allah...
Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumiMu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut. .
Dia yang memanggil kami, Ummati! Ummati! Ummati!.
Kurnikanlah kami hati yang lembut hingga kami mampu 
mendengar panggilan kasihnya itu....Ya Allah. 
Dan janganlah Kau matikan kami,Ya Allah tanpa cinta kami kepadaMu dan kepadanya.
Amin ya Robbil Alamin.

Sumber: http://langitilahi.com/2011/02/08/cinta-kita-cinta-mereka/#more-559 by Abu Umar.

Mari mencintai Rasulullah

Rasulullah, cinta kita.

Sudah menjadi kewajiban setiap orang untuk mencintai Rasulullah melebihi daripada cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangatlah agung dan besar yang akan dapat dipetik di dunia dan akhirat, tetapi dalam kenyataannya banyak kita temui kekeliruan dalam memahami cinta kepada Rasulullah dengan pemahaman yang sangat sempit. Seringkali laungan cinta kita padanya hanya terkurung dalam perarakan dan alunan selawat. Oleh itu seharusnya kita cuba mengenali baginda dan menelusuri liku-liku hidup baginda hingga kita benar-benar cinta dan mampu menterjemahkan cinta kita padanya dalam pandangan dan sikap hidup kita.


Siapakah Rasulullah Saw
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada ummat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.
Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegaknya tamadun ketika itu telah hancur.
“Tamadun adalah umpama suatu pohon rendang yang bayang-bayangnya meliputi seluruh dunia; sekarang ia telah terhoyong hayang, dimakan reput hingga ke akar umbinya. Dan di tengah-tengah kerosakan yang sebegitu meluas lahirlah seorang insan yang bakal menyatukan seluruh alam”
Emotion as the Basic of Civilization; oleh J.H Denison

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut dan ketika keinsanan insan berada di sakaratul maut, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya, daripada perhambaan kepada sesama makhluq kepada perhambaan kepada Khaliq dan dari kesempitan hidup jahiliyyah kepada keluasan hidup Islam. Firman Allah SWT;
الر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (إبراهيم: 1.
Rasulullah SAW memecah belenggu-belenggu jahiliyyah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Firman Allah SWT;
… يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمْ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ (الأعراف: 157).
“…yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belengu yang ada pada mereka”

Tanggungan yang terlalu berat
Rasulullah SAW didatangkan ketika dunia ini diumpamakan sebuah rumah yang telah dilanda gempa bumi yang dahsyat. Semua yang berada di dalamnya menjadi tunggang langgang, menyebabkan barang-barang berselerakan di sana sini.Dalam suasana kekusutan ini, manusia lupakan dirinya. Dia sudah hilang harga diri hinggakan dia tidak segan silu lagi bersujud pada pokok, batu dan air. Sujud pada segala kejadian alam yang tidak berkuasa. Kebijaksanaan tidak berguna lagi. Fikirannya menjadi terlalu kusut dan aqalnya menjadi terlalu serong hinggakan dia tidak lagi mampu membezakan antara yang baik dan buruk.
Akibatnya kemungkaran dipandang sebagai ma’ruf. Lalu serigala umpamanya ditugaskan menjaga biri-biri, pengkhianat dibenarkan menjadi juru damai. Orang-orang yang besar dan keji hidup aman damai. Kebijaksaaan menipu dianggap sebagai kebijaksaan manakala kebijaksanaan itu sendiri dianggap sebagai kebodohan. Khazanah yang paling berharga iaitu kemanusiaan sendiri telah mengalami kehancuran.
Di tengah kepekatan jahiliyyah inilah diutuskan Rasulullah SAW untuk membimbing manusia untuk kembali kepada kemanusiaannya dan menjadi hamba kepada Khaliqnya (Penciptanya).
Ya, hanya Rasulullah SAW yang sanggup memikul beban seberat  ini. Lalu dengan segala rasa cinta dan kasihkan ummatnya baginda mengharungi berbagai keperitan dan penderitaan. Keperitan dan penderitaan untuk membongkar kegelapan jahiliyyah untuk memimpin jiwa manusia kembali kepada keinsanan dan kehambaan kepada Allah SWT.  Baginda disakiti, dilumuri najis, dihina dan diseksa. Pernah satu hari Rasulullah SAW pulang kerumahnya dengan jubahnya dilumuri dengan uri unta yang busuk berulat. Anaknya Fatimah tidak dapat menahan air mata sambil berkata “Ya Abata (Panggilan untuk ayah), apalah salahmu hingga kamu diperlakukan begini? Rasulullah menjawab dengan penuh pasrah dan sabar “Mereka masih belum beriman. Jika tidak tentu mereka tidak akan berbuat begini.”
Tidak ada kemarahan yang terpamer pada wajahnya melainkan rasa kasihan pada ummatnya yang begitu jauh dari kebenaran.
Ketika tentangan dakwah begitu hebat di Mekkah, Baginda ditemani oleh Saidina Zaid berjalan kaki merentasi padang pasir yang kering kontang dan tandus menuju ke Taif dengan harapan dakwahnya akan diterima di sana. Cuba kita bayangkan perjalanan hampir 100km tanpa bekalan makanan melainkan taqwa dan keimanan kepada Allah, tidak ada tunggangan melainkan roja’ dan pengharapannya pada Allah SWT. Ketika sampai di Taif, baginda tidak berehat tetapi terus ke nadi (kelab) di mana pimpinan bani Tsaqif berkumpul. Mereka bukan sekadar memperolok-olokkan dakwah baginda, bahkan mereka mengumpulkan kanak-kanak dan lelaki-lelaki terencat akal lalu melontarkan batu-batu yang keras dan tajam pada tubuh baginda. Zaid RA yang menjadikan dirinya sebagai benteng, hampir-hampir pecah kepalanya. Darah baginda yang mulia mengalir melalui betis-betis baginda lalu membasahi bumi Taif. Namun ketika malaikat datang dengan tawaran untuk membinasakan penduduk Taif …adakah baginda membenarkannya? Tentunya tidak, bahkan sabda baginda “Kalaupun mereka tidak beriman, semoga dari sulbi (zuriat) mereka nanti lahir keturunan yang akan beriman kepada Allah”.
Rasulullah SAW tidak pernah mendoakan kemusnahan untuk umatnya seperti nabi-nabi terdahulu, bahkan baginda hadapi semua tentangan dengan redha dan menyimpan doanya untuk hari yang begitu dahsyat nanti iaitu Yaumul Mahsyar. Rasulullah simpankan doanya sebagai syafaat kepada umatnya nanti.
Begitulah, Baginda  berdakwah dan mendidik ummat dengan penuh kecintaan dan ketaatan kepada Allah, dengan penuh kasih sayang kepada manusia serta bersabar dan bersifat lemah lembut dengan segala tentangan, siksaan dan halangan.
Selama 13 tahun Baginda di Mekkah, penuh keazaman dan ketabahan hati, ia menjelaskan kepercayaan (keimanan) kepada Allah, Kerasulan dan hari kebangkitan. Baginda membangunkan ummat di atas dasar Aqidah yang benar dan mengembangkan dakwah ke segala penjuru alam. Hinggalah sampai kepada kita hari ini.

Kewajiban Mencintai Nabi Muhammad Saw Diatas Semua Makhluk
Oleh itu menjadi satu kewajiban untuk kita cintakan Baginda SAW. Berikut ini ada beberapa hal yang berhubungan dengan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.
a.    Wajib mencintai Nabi SAW melebihi cintanya kepada diri sendiri.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahwa dia berkata:
Kami pernah bersama Nabi SAW  sementara beliau menggandeng tangan Umar bin Khatthab ra, maka Umar berkata kepada beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi  bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Hingga kamu lebih mencintai aku dari pada dirimu sendiri. Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari pada diriku sendiri. Nabi bersabda:
“Sekarang wahai Umar.”
(H.R Bukhari)
b.    Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada orang tua dan anak.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Demi dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai dari pada orang tua dan anaknya.(H.R Bukhari)
c.     Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada keluarga, harta dan seluruh manusia.
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia.(H.R Bukhari)
Firman Allah
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At Taubah 24).
Imam Al Hafidz Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan adzab dari Allah yang akan menimpa kalian.(Mukhtashar Ibnu katsir-Syekh Nasib Ar Rifa’I)

Buah Cinta Nabi
Bagi yang mencintai Rasulullah  akan mendapatkan hasilnya baik didunia maupun diakhirat,di antaranya adalah ;
1. Cinta kepada Nabi boleh mendatangkan manisnya iman.

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Nabi bersabda:
Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; bahwa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selainnya , bahwa ia mencintai seseorang dan tidak mencintai kecuali hanya karena Allah, dan ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebencian dia bila dilemparkan ke dalam api.(Muttafaqun alaih)
Arti manisnya iman sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama adalah merasakan lazatnya segala ketaatan dan siap menderita karena agama serta mengutamakan itu dari pada seluruh materi dunia.

(Fathul Bari 1/61)
2. Orang yang mencintai Nabi SAW akan tinggal bersamanya di akhirat.

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik ra bahwa ia berkata:
Pernah seorang laki-laki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Rasulullah kapan hari kiamat datang? Beliau bersabda: Apa yang kamu persiapkan untuknya? Ia menjawab: cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul-Nya. Beliau bersabda: Engkau akan bersama orang yang kamu cintai. Anas berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda beliau: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai.
Anas ra.berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar dengan harapan saya bisa berkumpul bersama mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.



Tanda-Tanda Orang Yang Mencintai Nabi

Diantara tanda-tanda mencintai Nabi adalah yang dinyatakan Al Qadhi ‘Iyadh: Termasuk tanda mencintai Nabi adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.(Syarkh Sahih Muslim -Nawawi)
Ibnu Hajar berkata: Termasuk tanda cinta kepada Nabi di atas adalah bahwa seandainya disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau Rasulullah SAW kalau itu memungkinkan, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangan kesempatan untuk melihat beliau, ia merasa lebih berat kehilangan Rasul daripada kehilangan kenikmatan dunia, maka orang yang seperti itu telah mendapat sifat kecintaan di atas dan siapa yang tidak bisa demikian maka tidak berhak mendapat bagian dari buah cinta itu. Yang demikian itu tidak hanya terbatas pada persoalan cinta belaka, bahkan membela sunnah dan menegakkan syariat serta melawan para penentang-penentangnya termasuk amar ma’ruf dan nahi mungkar.(Fathul Bari)
Marilah kita menghidupkan sunnah baginda, bukan sekadar dalam ibadah khususiyyah tetapi juga dalam akhlaq dan keperibadian kita, dalam dakwah dan muamalat kita.
Marilah kita mencintai Rasulullah SAW dengan setulus hati kita. Marilah kita cintainya dengan sebenar-benar cinta. Ayuh kita ucapakan rindu kita padanya dengan jiwa dan raga kita, dengan hati nurani dan dengan penuh perasaan.
Ya Rasulullah, kami cinta dan rindu padamu...
Ya Rasulullah, saksikanlah betapa kami ingin bertemu denganmu
Ya Allah ampunkan  kami kerana lalai dalam mengingati kekasihMu dan kekasih kami itu..

Sumber: http://langitilahi.com/2011/02/10/mari-mencintai-rasul/#more-618

Sunday, February 13, 2011

Salam kerinduan

Assalamualaikum,cik blog
Maaf la cik blog,lama sangat saya menyepi..
faham2 jer la,apabila kesibukan mendatang
nak buka laptop pun x sempat
minggu lepas sibuk dengan persediaan mesyuarat pibg + hari anugerah pelajar
huhuhuhuhu....minggu ni pulak sibuk dengan persediaan program rimup
bilakah semua ini akan berakhir????
sampaikan nak menyemak buku2 atas meja pun x sempat..
Ya Allah,berikan aku kekuatan + kesabaran untuk 
meneruskan perjuangan ini...
bila rasa penat dan tak mampu melangkah...
tapi teringatkan kerja dan tugas ini adalah demi meraih redha Ilahi..
maka aku kan terus melangkah...

Friday, February 4, 2011

Penyakit 2

assalamualaikum cik blog...
huhuhuhuhu..kita datang lagi,dasyat la,rajin betul saya menulis kan
mesti cik blog terharu bangat dengan kerajinan saya
bukan apa cik blog..cuti2 nie jer saya rajin
kalau dah bergelumang dengan kerja2 kat sekolah tu..
ada saya kisah dah?
huhuuhuhu..saya kisah cikblog,kisah sangat2
cuma biasala bile nak mula keje tu,kadang2 otak ni berserabut jer
mana sempat nak layan perasaan tulis2 blog nie
waktu cuti macam nie jer,rasa otak & fikiran
berada dalam keadaan yang agak tenteram
yela..x dengar budak2 kat sekolah tu menjerit2 
huhuhuhu...hari ni dah hari jumaat pun
sekejap jer...pasni bergelumang dengan habuk kapur dan berjemur kat padang lak...
nanti cik blog jangan rindu kat saya tau..
saya sokmo ingat cik blog..cuma cik blog faham2 jerlah
kehidupan sekarang...menjadi babysitter yang berjaya....

windunyer kat budak sihat...baru berapa hari x jumpa..
dah rindu-rinduan...
nanti kalu budak sihat dapat pindah ngan mak dia..
lagi rindu...
takpe,hp anty dah boleh 3g...leh selalu phone keisha kalau awak dapat pindah t'ganu nanti....

dok surf2 internet terjumpa dua gambar yang cute bangat nie..
satu pic en penguin yang kepenatan setelah melarikan diri daripada kutub utara yang dah mula memcair..
dan satu lagi budak kecik yang kepenatan setelah membantu ibunya menyiapkan kertas kerja...hehehehe...pepandai jer bagi sebab musabab...tapi alasan/sebabnya boleh diterima kan...




Thursday, February 3, 2011

Penyakit

Hmmm...cuti2 ni kalau dok kat rumah,mula la penyakit menulis tu datang
mesti cik blog terharu kan..rajin betul kita menulis bila masa cuti..
hehehehehehehe..abis tu xde apa nak buat
mula2 bukak laptop nie nak menaip keje2 sekolah
tapi..penyakit lain dah datang,mula la kepoh2 baca blog orang
pastu dok terbang ke mana ntah fikiran nie
ditambah penyakit memasak di cafeworld kat fb
itu adalah penyakit2 ketika cuti sekolah
penyakit nie tak bagus,sebab aku hanya akn 
memerap sahaja di dalam bilik..
tanpa menghiraukan apa terjadi kat dunia luar...
orang lain dok risau tentang Mesir,harga minyak nak naik la...
banjir kat segamat,tenang...hujan sana sini...
aku???? ada aku kisah,masalah2 dunia tu...
aku kisah la semua tu...tiap2 hari tengok berita pasal isu2 semasa
ditambah membaca maklumat tambahan kat internet..
cuma...doa sahaja yang mampu dikirimkan..
moga sahabat2 seIslam kita di Mesir
mahupun di mana sahaja...tetap tabah menghadapi segala ujian dari-Nya...

sejak semalam sampai ke hari ni ber'sms' dengan taqwiah..
huhuhuhu,lama gila aku tak tanya khabar dia..
kalau kes mcm nie,aku mesti rasa bersalah 'bangat'
member2 dok ingat kat kita..tapi,aku???? 
jarang benar bertanya khabar kat sahabat2 yang lain..
diam bukan bererti aku lupa pada kalian
kadang2 aku tenggelam dalam dunia yang penuh dengan keduniaan ini...
aku pun cuba meneruskan kehidupan ini dengan langkah2 yang lebih lurus
namun tak pernah sekali melupakan kalian....
terkadang ingatan terhadap sahabat2 di uum 
membuatkan aku tersenyum sendirian..
rindu bangat pada bumi kedah,especially uum...
tempat jatuh lagi dikenang,inikan pulak...
tempat di mana aku mengenal diri...mengenal penciptaku..

taqwiah..tetiba teringat peristiwa kita di'sahabat'kan 
bbrp hari sebelum nak ke tam
masa tu,dalam hati berdetik..
kenapalah aku kena kawan ngan budak kecik nie...
mesti taq pun x sanggup nak berkawan dgn kami 'kan..
rindunya....rindu sangat2 pada kalian...
(airmata dah bergenang...huhuhuhuhu)
benar,sahabat sejati akan kita perolehi sekali sahaja
kenangan seperti itu biasanya tidak akan berulang kembali..
dan inilah aku,menjalani kehidupan di sini
bersama kenangan2 silam yang sentiasa abadi dalam ingatan...
lagu kat bawah,khas buat kalian...
[walau aku tahu,kalian x akan baca blog nie...];)

Wednesday, February 2, 2011

Monolog sepi

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni masih diberikan kesempatan oleh-Nya
untuk bernafas dan meneruskan sisa2 kehidupan ini...
pagi2 sebelum mama gi keje,mama dah bg duit suh gie bank
huhuhuhuhu,,ingatkan malas nak kuar,tapi sebab dah dapat keje...
gagahkan jugak badan nie..gie Ambank,Cimb
semua bank ramai orang..mentang2 pasni cuti 2 hari
semua orang bpusu2 la gie bank..
nasib baik aku dah mulakan ekpedisi aku pada waktu pagi
kalau mulakan waktu petang..mesti lagi ramai manusia
pastu aku pun mencuci mata kat mydin
biasalah,kedai runcit mama...
dah abis menyoping..balik rumah,mengadap laptop lak
cuti lama2 macam nie boring jugak
hmmmm,tapi kalau xde cuti..
aku lak membebel nak cuti lama2
macam tu la manusia,x pernah bersyukur dengan apa yang ada 'kan....
Astagfirullah....semoga aku bukan tergolong dalam hamba-Mu yang tidak bersyukur
moga aku kan selalu mensyukuri setiap kurniaan yang telah diberikan-Nya
kadang2 bila dok sorang2 macam nie..banyak benda yang difikirkan
waktu untuk muhasabah diri....waktu untuk koreksi diri
apabila kembali semula ke dunia yang penuh dengan kesibukan
bergelumang dengan buku2 anak murid + kerja pkeranian di sekolah
aku tak sempat nak fikir apa pun
aku terlalu tenggelam dengan dunia yg penuh dengan keduniaan
bukankah dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja
tiket untuk mendapat ketenangan yang abadi apabila bertemu dengan penciptaku kelak
moga aku tak terus hanyut,aku tak terus alpa,aku tak mudah lupa
aku pernah ditarbiyah...seharusnya aku sedar dan tahu
tujuan hidup dan matiku ini semata-mata mengharapkan redha Allah..

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman kepada hari pertemuan dengan-Mu, rela dengan keputusan-Mu, dan menerima pemberian-Mu
Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran ke atasku dan teguhkanlah pendirianku serta tolonglah aku terhadap golongan yang kafir.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan kesesatan iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Tuesday, February 1, 2011

Lagu kegemaran 2

Assalamualaikum,cik blog
jom layan lagu nie
lama x layan lagu nie
tiap kali dengar lagu nie
rasa mcm sayu jer...