Sunday, May 16, 2010

Coretan buat guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Monday, May 10, 2010

Duhai Bonda

mama...maafkan anakmu

Assalamualaikum...hari ibu yang berlalu..membuatkan aku terfikir dan koreksi kembali diri ini...sebagai anak,memang aku bukan anak yang baik,aku bukan anak yang solehah..
Mama,maafkan anakmu kerana kurang memberi kasih sayang,aku bimbang menjadi anak yang derhaka...aku bimbang,aku takut...
mama,pengorbanan mama...tak mampu anakmu balas,walau segunung taruhan yang menjadi taruhan...segala kepayahan membesarkan kami 7 beradik..tak mungkin mampu kami balas..
mama...terima kasih atas segalanya,atas segala kepayahan,atas segala jerih perih membesarkan kami...aku akan cuba,cuba menjadi anak yang lebih baik...




DUHAI BONDA(Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Wednesday, May 5, 2010

pujuk hati


Salam...makin hari ke hari...tak mampu nak pujuk hati...tak boleh fokus dengan keje...tak boleh fokus dengan apa pun...tak boleh fokus dalam kehidupan....ke mana diri aku menghilang...walau hakikatnya,orang melihat aku seperti biasa...tapi gundah di hati,terpaksa aku sembunyikan dengan senyuman di bibir...
aku dah penat...penat...penat sangat..keje yang semakin bertimbun...setiap hari meeting n meeting dan aku pun x tahu apa resolusinya...apa yang perlu dibuat...masuk dalam bilik itu hanya jasad, apa intipati dalam mesyuarat,tiada satu pun yang masuk dalam kepala...
cuba pujuk hati, cuba pujuk jiwa...aku cuba beri kekuatan pada diri,tapi aku sendiri tak kuat...
Ya Allah,hilangkan segala kesedihan di dalam hati ini...hilangkan segala gundah di jiwa ini... aku perlu teruskan kehidupan ini...

“Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran.”
[Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya]