Saturday, August 29, 2009

paGi yanG ceRaH..

SaLam raMadHan..genap 8 hari kita berada dalam bulan Ramadhan..membuatkan aku terfikir,adakah selama 8 hari ini aku benar2 menggunakan segala peluang yang ada untuk beribadah kepada-Nya, adakah selama 8 hari ini aku benar2 mengejar segala keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Segala persoalan yang berlegar-legar di minda ini,seakan-akan menusuk kalbu ini,kerana aku merasakan aku belum sehabis daya beribadah sepanjang bulan yang mulia ini.
Ya Allah,sesungguhnya..perjuangan untuk beroleh redha dan cinta-Mu bukan semudah yang dikatakan..perjuangan melawan hawa nafsu ini memang payah. Ya Allah berikan aku kesempatan untuk terus mencuba,jangan kau tarik segala nikmat iman & Islam yang telah Kau berikan ini..aku masih mencuba dan akan terus mencuba...
"Sungguh rugilah seseorang yang menyambut bulan Ramadhan kemudian melepaskannya, sedangkan dosa-dosanya belum diampuni." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Ya Allah,jangan jadikan aku orang yang rugi...aku enggan menjadi orang yang rugi...ampunilah aku, Ya Allah.... berikan aku sedikit kekuatan untuk mengharungi bulan yang penuh mulia ini, berikan aku sedikit kekuatan iman untuk terus berubah ke arah kebaikan...

Sunday, August 23, 2009

RaMadHaN kembaLi...



salam Ramadhan...Ya Allah,terima kasih atas segala kurniaan-Mu ini.. dgn limpah rahmat-Mu dapat aku menikmati ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Moga sepanjang bulan yang berkat ini dapatlah aku muhasabah diri dan membina kekuatan buat mengharungi kehidupan yang seterusnya.
Dugaan hidup di dunia ini,adakalanya terasa amat membebankan,namun siapalah kita sebagai hamba-Nya untuk terus mengeluh..sedangkan Rasulullah saw dan sahabat2 baginda tidak pernah sekali mengeluh pada setiap ujian & dugaan yang mereka hadapi...
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat diriku, keluarga, sahabat2 dan juga sekalian umat Islam. Moga kita mengambil ikhtibar atas segala apa yang terjadi...cuba koreksi kembali diri..adakah selama ini kita telah menjadi hamba-Nya yang benar2 patuh pada setiap perintah dan suruhan-Nya, Ya Allah..berikan aku sedikit kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar ini...jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur & redha atas segala ketentuan-Nya...

Tuesday, August 11, 2009


TATAPAN UNTUK SENAMAN JIWA…
DIRI KU & SAHABAT….

WAHAI DIRIKU…
MENGERTILAH…!

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,

Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini….
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu…?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu…

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya….
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma'thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da'ie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ….
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati….

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu….
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadpan kudrat dan iradat-Nya….


Saidina Ali pernah berkata:"Dunia hanyalah di tanganku...tetapi akhirat terletak di hatiku..."

:**petikan dari http://noradila.tripod.com/haqirfiLlah/

keSUnYian berTanDanG

Bila Kesunyian Datang
dipetik dari :www.iluvislam.com
Oleh : Abang Imam (Editor : naadherah)

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Tuesday, August 4, 2009

ViRuS...


Assalamualaikum...alhamdulillah,atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya masih berpeluang lagi untuk mencatat di ruang yang sepi ini. Dah seminggu demam...Ya Allah,kau tarik kesihatan diri ini....sekurang2nya dapat aku jadikan muhasabah...adakah selama ini aku benar2 mensyukuri segala nikmat kesihatan yang telah Engkau berikan ini...moga kesakitan ini adalah penghapus dosa2 ku yang menggunung tinggi ini....

Dalam tak sihat nie,kena gigihkan jua diri untuk pergi kerja. Kalau ikutkan boleh jer dapat mc...tapi entahlah,dok kat umah pun tido jer. Baik aku melawan kesakitan ini dengan pergi bekerja...moga2 pahala bekerja ini...dapat mengurangkam kesakitan diri ini...Ya Allah,jadikan hamba-Mu yang redha dengan segala ujian yang Kau berikan ini...